Tiga pegawai PALAPES didakwa sebabkan kematian Syamsul Haris | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Teknologi Google perkenal Nano Banana 2, tingkat ketepatan imej dan teks dalam penjanaan AI Malaysia Tiga pegawai PALAPES didakwa sebabkan kematian Syamsul Haris Malaysia [TERKINI] Agong gering susulan sakit otot, tulang Advertisement Malaysia Tiga pegawai PALAPES didakwa sebabkan kematian Syamsul Haris Astro AWANI 27/02/2026 | 12:00 MYT Tiga jurulatih PALAPES didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang Pegawai Kadet PALAPES UTM tahun lepas. – Foto BERNAMA KOTA TINGGI: Tiga jurulatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang Pegawai Kadet PALAPES Universiti Teknologi Malaysia (UTM), tahun lepas.Ketiga-tiga pegawai Angkatan Tentera Malaysia berkenaan, Mejar Mohd Azmi Abu Bakar, 40, Pegawai Waran Mohd Norbuang Ghani, 41, dan Kapten Muhammad Bahaudin Abd Rashid, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Hayda Faridzal Abu Hasan.Advertisement Mengikut pertuduhan, kesemua mereka didakwa bersama-sama melakukan perbuatan yang menyebabkan kematian Syamsul Haris Shamsudin, 22, dengan niat mendatangkan kecederaan yang boleh membawa maut.Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 28 Julai tahun lepas antara pukul 2 petang hingga 3 petang di Lapang Sasar Ulu Tiram Utara di sini.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 30 tahun dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.Terdahulu, pihak pendakwaan yang dikendalikan Pengarah Pendakwaan Johor Abdul Ghafar Abdul Latif dan Nor Afiqah Musa memaklumkan Jabatan Peguam Negara mengesyorkan jaminan RM50,000 dan seorang penjamin sekiranya mahkamah ingin menawarkan jaminan. Hakim Hayda Faridzal yang menetapkan jaminan RM25,000 pada awalnya, kemudian menetapkan RM20,000 sebagai jaminan dengan seorang penjamin serta pasport diserahkan kepada mahkamah, setelah mendengar rayuan tertuduh.Mohd Azmi, yang baru menimang cahaya mata ketiga pada 23 hari lepas dalam rayuannya memohon agar jaminan dikurangkan memandangkan kesemua mereka tidak mampu serta tidak mempunyai masalah displin dalam tempoh berkhidmat. Sepanjang tempoh perkhidmatan, Mohd Azmi yang telah 21 tahun berkhidmat dalam ATM, berkata kesemua mereka juga tidak pernah dikenakan sebarang tindakan tatatertib, malah ada yang perlu menanggung anak dan isteri yang sedang hamil.“Kejadian yang berlaku masing-masing tidak minta, Yang Arif,” katanya. Mahkamah menetapkan 13 April ini untuk sebutan kes bagi lantikan peguam serta serahan dokumen.Syamsul Haris, meninggal dunia di Hospital Kota Tinggi pada 28 Julai tahun lepas setelah menjalani latihan di Pusat Latihan Tempur Tentera Darat di Ulu Tiram. Allahyarham kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Ulu, Semenyih, Selangor.Pada 26 Ogos 2025, Mahkamah Tinggi memerintahkan kubur pelatih PALAPES itu digali semula bagi membolehkan bedah siasat kedua dijalankan dalam tempoh 14 hari selepas jasad dikeluarkan.Bedah siasat kedua dijalankan di Hospital Kuala Lumpur pada 30 Ogos dan jenazah dikebumikan semula pada hari yang sama.Pada 2 Dis tahun lepas, AGC mengarahkan kes kematian Syamsul Haris diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan untuk siasatan lanjut oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas mendengar taklimat berhubung hasil siasatan yang dijalankan.– BERNAMA Topic Berkaitan #PALAPES #UTM #pelatih #dakwa Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Teknologi Google perkenal Nano Banana 2, tingkat ketepatan imej dan teks dalam penjanaan AI few seconds ago Malaysia Tiga pegawai PALAPES didakwa sebabkan kematian Syamsul Haris 11 minutes ago Malaysia [TERKINI] Agong gering susulan sakit otot, tulang 12 minutes ago Malaysia Lelaki dikhuatiri lemas dalam kejadian di Empangan Sultan Azlan Shah 21 minutes ago Malaysia Klien PUSPEN positif dadah: AADK tukar petugas, mula tindakan tatatertib 42 minutes ago Malaysia Wisma Putra pantau rakyat Malaysia di Iran, kekalkan nasihat perjalanan 52 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Tiga pegawai PALAPES didakwa sebabkan kematian Syamsul Haris
