Pengukuhan ringgit, prestasi Bursa Malaysia sederhana punca dividen KWSP menurun | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Bisnes Dividen KWSP tidak boleh disalurkan sepenuhnya ke Akaun 3 Malaysia Dua lagi ditahan kes tembak kenderaan Komander AKPS di Bukit Kayu Hitam Dunia Israel serang Iran: Pegawai sahkan operasi dilancar bersama AS Advertisement Bisnes Pengukuhan ringgit, prestasi Bursa Malaysia sederhana punca dividen KWSP menurun Khalis Khadir 28/02/2026 | 15:10 MYT Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Ahmad Zulqarnain Onn (tengah) bergambar selepas sidang media pengumuman kadar dividen KWSP 2025 di Menara KWSP hari ini. – Foto Bernama SHAH ALAM: Pengukuhan ringgit antara faktor utama kadar dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menurun kepada 6.15 peratus bagi tahun kewangan 2025 berbanding 6.30 peratus tahun sebelumnya.Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, pengukuhan mata wang tempatan itu berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) memberi kesan kepada pulangan pelaburan luar negara yang dinilai dalam dalam mata wang dolar AS.Advertisement “Apabila ringgit mengukuh berbanding dolar AS, pulangan pelaburan luar negara yang dinilai dalam mata wang ini akan diterjemahkan kepada nilai yang lebih rendah dalam ringgit,” katanya menerusi sidang media pengumuman prestasi kewangan KWSP 2025, di sini, pada Sabtu.Ahmad Zulqarnain berkata, sebagai pengurus dana persaraan yang memiliki pendedahan pelaburan global yang signifikan, pergerakan kadar pertukaran asing memberi impak material terhadap prestasi keseluruhan dana, terutama dalam keadaan turun naik mata wang yang ketara.Jelas beliau, KWSP turut berdepan persekitaran pelaburan tidak menentu susulan dasar perdagangan global yang sukar diramal, termasuk ketegangan tarif serta perkembangan geopolitik semasa.“Di peringkat domestik, prestasi pasaran ekuiti juga berkembang lebih sederhana apabila Bursa Malaysia mencatat pertumbuhan sekitar 2.3 peratus tahun lalu berbanding lonjakan lebih kukuh sebanyak 12.9 peratus pada 2024,” ujarnya.Katanya, keadaan itu secara tidak langsung mempengaruhi pulangan pelaburan tempatan, memandangkan pasaran saham kekal sebagai antara komponen penting dalam portfolio pelaburan KWSP.Bagaimanapun jelas beliau, pasaran ekuiti yang berdaya tahan masih menjadi pemacu utama pendapatan dana, disokong oleh pulangan stabil daripada instrumen pendapatan tetap serta strategi kepelbagaian portfolio yang menyeluruh. Topic Berkaitan #KWSP #dividen 2025 #pengukuhan ringgit #Bursa Malaysia Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Bisnes Dividen KWSP tidak boleh disalurkan sepenuhnya ke Akaun 3 14 minutes ago Malaysia Dua lagi ditahan kes tembak kenderaan Komander AKPS di Bukit Kayu Hitam 26 minutes ago Dunia Israel serang Iran: Pegawai sahkan operasi dilancar bersama AS 30 minutes ago Malaysia PDRM segerakan siasatan, dedah petualang dakwaan komplot sabotaj negara – Kamil Munim 36 minutes ago Malaysia MH160 dan MH156 selamat kembali susulan makluman risiko kawasan konflik – Malaysia Airlines 44 minutes ago Malaysia Pengguna i-Akaun KWSP terpaksa tunggu hampir sejam untuk log masuk 51 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Pengukuhan ringgit, prestasi Bursa Malaysia sederhana punca dividen KWSP menurun
