Israel serang Iran: Pegawai sahkan operasi dilancar bersama AS

Israel serang Iran: Pegawai sahkan operasi dilancar bersama AS | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Bisnes Dividen KWSP tidak boleh disalurkan sepenuhnya ke Akaun 3 Malaysia Dua lagi ditahan kes tembak kenderaan Komander AKPS di Bukit Kayu Hitam Dunia Israel serang Iran: Pegawai sahkan operasi dilancar bersama AS Advertisement Dunia Israel serang Iran: Pegawai sahkan operasi dilancar bersama AS Astro AWANI 28/02/2026 | 15:40 MYT Saksi di lokasi turut melihat asap tebal menjulang dari beberapa bahagian kota berkenaan. – Gambar/ AP SERANGAN dilancarkan Israel ke Iran hari ini dilaksanakan dengan bantuan Amerika Syarikat (AS), kata seorang pegawai AS kepada Al Jazeera.Katanya, serangan itu adalah operasi ketenteraan bersama antara Israel dan AS, yang sebelum ini menghimpunkan armada besar termasuk jet pejuang dan kapal perang di rantau itu untuk memberi tekanan supaya Iran mencapai persetujuan nuklear.Advertisement Bagaimanapun, belum ada pengesahan rasmi daripada pihak AS berhubung perkara ini.Sementara itu, letupan kedengaran di pusat bandar Tehran selepas Israel mengumumkan serangan berkenaan.Media Iran melaporkan beberapa peluru berpandu mengenai kawasan sekitar University Street dan Jomhouri Street, manakala saksi di lokasi turut melihat asap tebal menjulang dari beberapa bahagian kota berkenaan.Menurut wartawan Al Jazeera di lapangan, asap kelihatan di kawasan kejadian tidak lama selepas dentuman kuat berlaku. Peluru berpandu itu turut dilaporkan menghampiri kawasan pejabat Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei.Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz, sebelum ini berkata serangan itu adalah tindakan prapertahanan bagi “menghapuskan ancaman terhadap Negara Israel”, sambil menyatakan operasi berkenaan merupakan sebahagian usaha menghalang Iran daripada meningkatkan ancaman terhadap keselamatan wilayah.Di pihak Iran, agensi berita Tasnim melaporkan letupan turut berlaku di kawasan utara Tehran, termasuk di daerah Seyyed Khandan, menandakan skala serangan yang lebih meluas.Susulan serangan itu, siren kecemasan dibunyikan di Israel, manakala pihak tentera negara itu mengeluarkan “amaran proaktif” bagi memaklumkan orang ramai tentang kemungkinan serangan balas melalui peluru berpandu atau dron ke wilayah Israel.Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Israel turut mengumumkan penutupan ruang udara kepada semua penerbangan awam dan menasihatkan orang ramai supaya tidak menuju ke lapangan terbang sehingga keadaan kembali selamat.Kedutaan AS di Qatar pula mengarahkan semua kakitangan berlindung di tempat masing‑masing, selain mengeluarkan nasihat agar warganya mengambil langkah keselamatan sama berikutan potensi risiko berantai susulan ketegangan meningkat.Menurut pegawai pertahanan Israel yang dipetik Reuters, serangan ini dirancang beberapa bulan lebih awal, manakala tarikh pelancarannya telah ditetapkan beberapa minggu lalu, menunjukkan persediaan taktikal yang menyeluruh oleh Israel dan sekutunya.  Topic Berkaitan #ISRAEL SERANG IRAN #Amerika Syarikat #rundingan nuklear #Trump Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Bisnes Dividen KWSP tidak boleh disalurkan sepenuhnya ke Akaun 3 13 minutes ago Malaysia Dua lagi ditahan kes tembak kenderaan Komander AKPS di Bukit Kayu Hitam 26 minutes ago Dunia Israel serang Iran: Pegawai sahkan operasi dilancar bersama AS 30 minutes ago Malaysia PDRM segerakan siasatan, dedah petualang dakwaan komplot sabotaj negara – Kamil Munim 36 minutes ago Malaysia MH160 dan MH156 selamat kembali susulan makluman risiko kawasan konflik – Malaysia Airlines  44 minutes ago Malaysia Pengguna i-Akaun KWSP terpaksa tunggu hampir sejam untuk log masuk 51 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *