Dua lagi ditahan kes tembak kenderaan Komander AKPS di Bukit Kayu Hitam | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia Presiden Mexico tegaskan semula komitmen menjelang lawatan FIFA bagi Piala Dunia 2026 Dunia Trump sahkan Amerika Syarikat lancar 'operasi pertempuran besar' di Iran Malaysia Jabatan Imigresen sahkan tiga anak Tun Daim berada di luar negara Advertisement Malaysia Dua lagi ditahan kes tembak kenderaan Komander AKPS di Bukit Kayu Hitam Bernama 28/02/2026 | 15:45 MYT Saifuddin Nasution memberi penerangan ketika sidang media selepas mengadakan lawatan ke pintu masuk AKPS ICQS Bukit Kayu Hitam, hari ini. – Foto Bernama BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi individu ditahan bersabit kes melepaskan tembakan ke arah kenderaan yang dinaiki Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Bukit Kayu Hitam pada pagi Rabu lepas.Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata kedua-dua tangkapan terbaharu itu melibatkan lelaki berusia 51 dan 58 tahun.Advertisement “Hasil tangkapan kumpulan pertama sebelum ini dan selepas siasatan lanjut, kami mengenal pasti dua lagi suspek yang membawa kepada tangkapan terbaharu malam tadi,” katanya semasa sidang media hari ini.Beliau berkata kedua-dua suspek akan disoal siasat dalam tempoh 24 jam pertama, dan mereka akan dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman selepas itu.Terdahulu, Saifuddin Nasution melawat pintu masuk AKPS di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam yang turut dihadiri Ketua Pengarah agensi berkenaan Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dan Ketua Polis Kedah Datuk Adzli Abu Shah.Beliau juga berkata susulan insiden tembakan itu, Komander AKPS Bukit Kayu Hitam SAC Mohd Nasaruddin M. Nasir telah memaklumkan polis bahawa dirinya diekori individu tidak dikenali sebelum kejadian.Saifuddin Nasution berkata Mohd Nasaruddin turut memberikan maklumat berkaitan fizikal dan perwatakan individu yang dipercayai mengekorinya sekali gus membantu polis membuat pemprofilan sebelum menahan kedua-dua suspek.Sebelum ini, polis menahan tujuh individu termasuk seorang wanita Thailand berusia lingkungan 22 hingga 52 tahun yang disyaki terlibat dalam kes itu dalam beberapa serbuan di sini dan Padang Besar, Perlis pada hari yang sama selepas kejadian.Insiden itu menyaksikan kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X70 yang dipandu Mohd Nasaruddin ditembak pada 5.40 pagi di susur masuk Masjid Muhajirin di sini, kira-kira satu kilometer dari sempadan Malaysia-Thailand.Suspek yang menaiki sebuah motosikal melepaskan dua das tembakan dipercayai menggunakan senjata separa automatik ke arah kenderaan mangsa.– BERNAMA Topic Berkaitan #TAG: AKPS #TEMBAK #suspek #TAHAN #siasatan Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Dunia Presiden Mexico tegaskan semula komitmen menjelang lawatan FIFA bagi Piala Dunia 2026 4 minutes ago Dunia Trump sahkan Amerika Syarikat lancar 'operasi pertempuran besar' di Iran 16 minutes ago Malaysia Jabatan Imigresen sahkan tiga anak Tun Daim berada di luar negara 20 minutes ago Malaysia Empat negeri terlibat Sukan SEA, KBS mahu pastikan tiada masalah logistik 35 minutes ago Malaysia Reman pelajar disyaki hina Islam disambung tiga hari 50 minutes ago Bisnes Dividen KWSP tidak boleh disalurkan sepenuhnya ke Akaun 3 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Dua lagi ditahan kes tembak kenderaan Komander AKPS di Bukit Kayu Hitam
