Surat tunjuk sebab dikeluarkan kerana Rafizi seakan hilang kepercayaan terhadap parti | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia ATM tugaskan 6,000 anggota jaga keselamatan sempadan sepanjang masa Bisnes Angka pelaburan tertinggi bagi Johor akan diumumkan tidak lama lagi – Onn Hafiz Malaysia Projek HPPPP stabilkan harga ikan di pasaran – Mohamad Advertisement Politik Surat tunjuk sebab dikeluarkan kerana Rafizi seakan hilang kepercayaan terhadap parti Bernama 28/02/2026 | 23:00 MYT Ketika ditanya apa implikasi sekiranya Rafizi tidak menjawab surat berkenaan, Fuziah berkata notis itu adalah berkaitan keanggotaan Ahli Parlimen Pandan. – Gambar fail/Bernama KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pandan Datuk Seri Rafizi Ramli diberikan Surat Tunjuk Sebab berikutan tindakan beliau seakan-akan telah hilang kepercayaan terhadap parti, kata Setiausaha Agung PKR Datuk Dr Fuziah Salleh.Beliau berkata ia juga susulan kenyataan Rafizi bahawa beliau tidak mahu keluar parti pada masa ini kerana ia akan mencetuskan Akta Lompat Parti.Advertisement “Ya surat itu dikeluarkan dengan Fasal 9(1)(C) dalam Perlembagaan PKR, iaitu Fasal 9(1) berkenaan dengan pelucutan keanggotaan dan C pula berkenaan dengan pengisytiharan anggota itu sendiri bahawa beliau keluar parti,” katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Bazar Ramadan Rahmah di Bazar Ramadan Raja Alang Kampung Baru di sini hari ini.Semalam, Fuziah dilaporkan berkata Rafizi diberi tempoh sehingga hari ini bagi memberi penjelasan berhubung kenyataannya bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-16 bukan atas tiket PKR.Fuziah ketika mengulas mengenai notis berkenaan berkata sehingga beliau hadir ke program berkenaan pihaknya masih lagi belum menerima jawapan daripada Rafizi, bagaimanapun beliau mempunyai tempoh sehingga tengah malam ini untuk berbuat demikian.Ketika ditanya apa implikasi sekiranya Rafizi tidak menjawab surat berkenaan, Fuziah berkata notis itu adalah berkaitan keanggotaan Ahli Parlimen Pandan.”Hasrat keluar parti kalau dibaca sebagai ‘substantif’ keluar parti walaupun tak ada surat ia punya implikasi besar sebab ia boleh mengakibatkan gugurnya keanggotaan, gugurnya keanggotaan boleh mengakibatkan gugurnya sebagai ahli parlimen. Jadi, sebab itu saya bagi peluang untuk jawab apa hasrat beliau sebenarnya,” katanya.Pada Khamis lepas, Rafizi mengesahkan menerima notis tunjuk sebab daripada PKR atas alasan beliau mengisytiharkan keluar parti.– BERNAMA Topic Berkaitan #surat tunjuk sebab #PKR #ahli Parlimen #hilang kepercayaan Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia ATM tugaskan 6,000 anggota jaga keselamatan sempadan sepanjang masa 23 minutes ago Bisnes Angka pelaburan tertinggi bagi Johor akan diumumkan tidak lama lagi – Onn Hafiz 24 minutes ago Malaysia Projek HPPPP stabilkan harga ikan di pasaran – Mohamad 54 minutes ago Malaysia CSO gesa Ahli Parlimen, Senator sokong RUU hadkan tempoh jawatan PM 10 tahun 1 hour ago Malaysia Keselamatan kebakaran tanggungjawab bersama, tidak harus diabaikan – Lee Lam Thye 1 hour ago Malaysia NRES cadang tubuh jawatankuasa kebangsaan tangani isu kemasukan sisa elektronik haram 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Surat tunjuk sebab dikeluarkan kerana Rafizi seakan hilang kepercayaan terhadap parti
