Thailand, Kemboja nyatakan kebimbangan terhadap situasi di Asia Barat | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia Thailand, Kemboja nyatakan kebimbangan terhadap situasi di Asia Barat Dunia Israel lancar serangan udara besar-besaran ke atas Tehran Dunia Rubio batalkan lawatan ke Israel yang dijadualkan pada Isnin Advertisement Dunia Thailand, Kemboja nyatakan kebimbangan terhadap situasi di Asia Barat Bernama 01/03/2026 | 17:08 MYT Thailand dan Kemboja menzahirkan rasa bimbang tentang perkembangan di Asia Barat dan akan terus memantau rapi perkembangan situasi. BANGKOK: Thailand sedang memantau dengan rapi situasi di Asia Barat dengan rasa kebimbangan yang mendalam, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar pada Sabtu, lapor Xinhua.“Kami menyeru semua pihak untuk mencegah konflik daripada menjadi lebih buruk, yang boleh menjejaskan keamanan dan keselamatan antarabangsa serta memberi kesan kepada orang awam yang tidak bersalah. Thailand menekankan kepentingan dialog dan diplomasi,” menurut kenyataan itu.Advertisement Kenyataan lain yang dikeluarkan pada hari yang sama oleh kementerian berkata rakyat Thailand yang tidak mempunyai urusan penting di kawasan itu dinasihatkan untuk menangguhkan perjalanan ke rantau itu pada masa ini, memandangkan ketegangan semasa di Asia Barat dan potensi peningkatan serta peluasan permusuhan yang boleh menjejaskan orang awam.Di Phnom Penh, Kemboja turut menyatakan kebimbangan yang mendalam terhadap situasi di Asia Barat, sehari selepas Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan ke atas Iran.Kementerian Luar dan Kerjasama Antarabangsa Kemboja dalam kenyataan berkata negara itu menyeru semua pihak yang terlibat agar menggunakan kawalan maksimum untuk mengelak daripada berlaku peningkatan konflik yang boleh membahayakan nyawa orang awam dan menjejaskan keamanan.Menurut kenyataan itu, tiada laporan mengenai rakyat Kemboja yang cedera, dan semua warganegara Kemboja yang berada di rantau itu dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga tambahan bagi keselamatan mereka.– BERNAMA-XINHUA Topic Berkaitan #Thailand #KEMBOJA #Timur Tengah #kebimbangan Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Dunia Thailand, Kemboja nyatakan kebimbangan terhadap situasi di Asia Barat 3 minutes ago Dunia Israel lancar serangan udara besar-besaran ke atas Tehran 7 minutes ago Dunia Rubio batalkan lawatan ke Israel yang dijadualkan pada Isnin 8 minutes ago Malaysia [KOLUMNIS] Konspirasi, persepsi dan kedaulatan undang-undang 12 minutes ago Sukan Izzat Shameer tidak anggap tempat ke Glasgow 2026 sudah terjamin 20 minutes ago Malaysia Penduduk New York protes serangan ketenteraan AS ke atas Iran 28 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Thailand, Kemboja nyatakan kebimbangan terhadap situasi di Asia Barat
