Majlis kepimpinan interim Iran dibentuk, mulakan operasi – Presiden | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia Operasi ketenteraan ke atas Iran akan diteruskan sehingga semua objektif dicapai – Trump Malaysia Ekspatriat di Qatar dan UAE terkejut, cemas akibat serangan Iran Dunia Siri letupan kedengaran di Baitulmaqdis Barat, enam cedera dalam serangan peluru berpandu Iran Advertisement Dunia Majlis kepimpinan interim Iran dibentuk, mulakan operasi – Presiden Bernama 02/03/2026 | 05:20 MYT – REUTERS TEHRAN: Majlis kepimpinan interim tiga anggota Iran telah dibentuk dan mula menjalankan operasinya, kata Presiden Iran Masoud Pezeshkian pada Ahad.Beliau mengumumkan perkara itu menerusi mesej video yang disiarkan oleh stesen televisyen kendalian kerajaan, IRIB TV, beberapa jam selepas Iran mengesahkan kematian Pemimpin Agung Ali Khamenei dalam serangan Amerika Syarikat (AS)-Israel ke atas negara itu pada Sabtu, lapor Xinhua.Advertisement Pezeshkian berkata majlis itu akan meneruskan perjuangan Khamenei dengan cekal, sambil menegaskan bahawa angkatan tentera Iran bersedia untuk “menghancurkan” pangkalan-pangkalan “musuh”.Terdahulu, Setiausaha Majlis Keselamatan Kebangsaan Tertinggi Ali Larijani berkata menurut Perkara 111 Perlembagaan Iran, sekiranya berlaku kekosongan kepimpinan negara, Presiden, Ketua Kehakiman dan seorang pakar undang-undang daripada Majlis Penjaga Perlembagaan akan memikul tanggungjawab pemimpin secara sementara.Agensi berita rasmi Iran, IRNA kemudian melaporkan bahawa Majlis Penentuan Kepentingan Iran telah memilih Alireza Arafi, seorang pakar undang-undang daripada Majlis Penjaga Perlembagaan negara itu, sebagai anggota majlis kepimpinan interim berkenaan.Majlis kepimpinan interim itu turut dianggotai oleh Pezeshkian dan Ketua Kehakiman Gholamhossein Mohseni-Ejei.AS dan Israel melancarkan serangan besar-besaran ke atas Iran pada Sabtu, mengorbankan Khamenei, bekas Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad, serta beberapa pegawai kanan yang lain.Serangan bersama itu mencetuskan serangan balas oleh Iran terhadap sasaran Israel dan AS di seluruh Timur Tengah.– BERNAMA-XINHUA Topic Berkaitan #Iran #Majlis Kepimpinan Interim #Masoud Pezeshkian #AS-Israel serang Iran Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Dunia Operasi ketenteraan ke atas Iran akan diteruskan sehingga semua objektif dicapai – Trump 1 minute ago Malaysia Ekspatriat di Qatar dan UAE terkejut, cemas akibat serangan Iran 11 minutes ago Dunia Siri letupan kedengaran di Baitulmaqdis Barat, enam cedera dalam serangan peluru berpandu Iran 21 minutes ago Dunia Tiga anggota tentera AS terbunuh dalam operasi ke atas Iran – CENTCOM 31 minutes ago Dunia Majlis kepimpinan interim Iran dibentuk, mulakan operasi – Presiden 40 minutes ago Dunia UAE pintas 165 peluru berpandu balistik, dua peluru berpandu krus dan 541 dron sejak serangan Iran bermula 51 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Majlis kepimpinan interim Iran dibentuk, mulakan operasi – Presiden
