Tiga anggota tentera AS terbunuh dalam operasi ke atas Iran – CENTCOM | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia Operasi ketenteraan ke atas Iran akan diteruskan sehingga semua objektif dicapai – Trump Malaysia Ekspatriat di Qatar dan UAE terkejut, cemas akibat serangan Iran Dunia Siri letupan kedengaran di Baitulmaqdis Barat, enam cedera dalam serangan peluru berpandu Iran Advertisement Dunia Tiga anggota tentera AS terbunuh dalam operasi ke atas Iran – CENTCOM Astro AWANI 02/03/2026 | 05:30 MYT Pesawat yang ditempatkan bersama Carrier Air Wing (CVW) 9 tersusun di atas geladak kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln, bagi menyokong serangan Operasi Epic Fury terhadap Iran. – Foto REUTERS WASHINGTON: Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) mengesahkan tiga anggota tenteranya terkorban dalam operasi ketenteraan besar-besaran terhadap Iran, korban pertama dialami Amerika Syarikat (AS) sejak kempen serangan itu dilancarkan.CENTCOM turut memaklumkan lima lagi anggota mengalami kecederaan serius, manakala beberapa yang lain cedera ringan akibat serpihan dan gegaran.Advertisement Dalam kenyataannya, CENTCOM memaklumkan bahawa operasi tempur utama masih berlangsung dan maklumat lanjut, termasuk identiti anggota yang terkorban, hanya akan didedahkan selepas waris dimaklumkan sekurang-kurangnya dalam tempoh 24 jam.Serangan AS bersama Israel mengakibatkan kematian Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei.Media Iran serta beberapa agensi antarabangsa turut mengesahkan hal itu, sementara Iran berikrar akan membalas serangan tersebut.Beberapa lokasi strategik Iran, termasuk infrastruktur ketenteraan dan tapak berkaitan kepimpinan tertinggi, telah menjadi sasaran serangan udara besar-besaran itu.Imej satelit turut menunjukkan kerosakan ketara pada kompleks kediaman Khamenei di Tehran.Dalam perkembangan berkaitan, Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC) mendakwa telah melancarkan empat peluru berpandu balistik ke arah kapal pengangkut pesawat USS Abraham Lincoln.Namun seorang pegawai AS memberitahu Al Jazeera bahawa tiada kerosakan dilaporkan.CENTCOM turut menegaskan kapal berkenaan terus melancarkan pesawat dalam menyokong operasi di rantau itu.Selain itu, CENTCOM memaklumkan lebih 1,000 sasaran ketenteraan Iran telah diserang sejak operasi bermula, termasuk ibu pejabat Pengawal Revolusi dan aset ketenteraan laut negara itu.Pemerhati politik di Washington menjangkakan kematian anggota tentera AS akan mencetuskan desakan baharu terhadap pentadbiran Presiden Donald Trump untuk memberi penjelasan lebih terperinci mengenai matlamat operasi ini.Menurut laporan media AS, beberapa anggota Kongres dari Parti Demokrat mahu perdebatan tergempar diadakan bagi mengetahui skop operasi, tempoh, serta risiko kepada anggota tentera AS di medan pertempuran.Trump dalam wawancara bersama Fox News bagaimanapun berkata keadaan “bergerak dengan pantas” dan mengesahkan operasi berjalan seperti dirancang.Dalam kenyataan berasingan, beliau mendakwa Iran hampir memiliki senjata nuklear dalam tempoh dua minggu sekiranya serangan terhadap fasiliti nuklear negara itu tidak dilakukan.Serangan balas Iran, termasuk peluru berpandu dan dron ke arah sasaran di Israel dan di seluruh Teluk, menaikkan kebimbangan kemungkinan tercetusnya konflik serantau yang lebih besar.Laporan antarabangsa turut menyebut beberapa korban awam dan tentera di beberapa negara rantau itu.Di Teheran pula, tiga individu telah dilantik untuk mengetuai negara sementara sepanjang tempoh peralihan kuasa selepas kematian Khamenei, termasuk Presiden Masoud Pezeshkian, ketua kehakiman, serta seorang ahli Majlis Penjaga Perlembagaan. Topic Berkaitan #centcom #anggota tentera AS #terbunuh #serangan balas Iran Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Dunia Operasi ketenteraan ke atas Iran akan diteruskan sehingga semua objektif dicapai – Trump 1 minute ago Malaysia Ekspatriat di Qatar dan UAE terkejut, cemas akibat serangan Iran 11 minutes ago Dunia Siri letupan kedengaran di Baitulmaqdis Barat, enam cedera dalam serangan peluru berpandu Iran 21 minutes ago Dunia Tiga anggota tentera AS terbunuh dalam operasi ke atas Iran – CENTCOM 31 minutes ago Dunia Majlis kepimpinan interim Iran dibentuk, mulakan operasi – Presiden 40 minutes ago Dunia UAE pintas 165 peluru berpandu balistik, dua peluru berpandu krus dan 541 dron sejak serangan Iran bermula 50 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Tiga anggota tentera AS terbunuh dalam operasi ke atas Iran – CENTCOM
