Siri letupan kedengaran di Baitulmaqdis Barat, enam cedera dalam serangan peluru berpandu Iran | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia Tembakan di bar Texas disiasat sebagai serangan berunsur keganasan – FBI Dunia Serangan peluru berpandu ragut 9 nyawa di Israel Dunia Serangan ke atas sebuah sekolah di selatan Iran ragut sekurang‑kurangnya 153 nyawa Advertisement Dunia Siri letupan kedengaran di Baitulmaqdis Barat, enam cedera dalam serangan peluru berpandu Iran Astro AWANI 02/03/2026 | 05:40 MYT Percubaan pemintasan dilakukan oleh Israel ketika peluru berpandu dilancarkan dari Iran, susulan serangan Israel dan AS ke atas Iran, di Baitulmaqdis. – Foto REUTERS BAITULMAQDIS: Beberapa letupan kuat kedengaran di ruang udara Baitulmaqdis Barat selepas siren serangan udara dibunyikan, susulan pengesanan peluru berpandu yang dilancarkan dari Iran oleh tentera Israel.Menurut Tentera Pertahanan Israel (IDF), sistem pertahanan udara segera diaktifkan bagi memintas ancaman tersebut.Advertisement Insiden terbaharu ini berlaku ketika ketegangan terus meningkat, dengan laporan sebelum ini menyebut peluru berpandu pernah melintasi ruang udara Baitulmaqdis sebelum dentuman kuat kedengaran di beberapa kawasan sekitar bandar itu.Dalam perkembangan terkini, enam individu cedera dalam satu serangan peluru berpandu balistik Iran di Baitulmaqdis Barat, menurut perkhidmatan ambulans Israel.Seorang lelaki berusia lingkungan 50-an dilaporkan dalam keadaan sederhana, manakala lima yang lain mengalami kecederaan ringan di lokasi impak.Rakaman media Israel menunjukkan sebuah kawah besar terbentuk pada permukaan jalan akibat hentaman peluru berpandu tersebut, selain sebuah kereta dilaporkan mengalami kerosakan teruk.Terdahulu, beberapa laporan media menyatakan bahawa siren amaran serangan udara turut berbunyi di sekitar Baitulmaqdis, Tel Aviv dan kawasan-kawasan lain, susulan gelombang serangan peluru berpandu Iran dalam beberapa hari kebelakangan ini.Dalam insiden sebelum ini, serpihan peluru berpandu atau sistem pemintas juga pernah jatuh berhampiran Baitulmaqdis walaupun tanpa korban.Beberapa letupan turut dilaporkan kedengaran di Tebing Barat dan kawasan lain ketika sistem pertahanan Iron Dome dan David’s Sling diaktifkan untuk memintas serangan.Serangan ini menyusuli siri tindakan balas Iran terhadap operasi ketenteraan Amerika Syarikat (AS) dan Israel yang sedang berlangsung di rantau tersebut.Ketegangan yang semakin memuncak itu mencetuskan kebimbangan kemungkinan tercetusnya konflik lebih besar melibatkan negara-negara jiran di Asia Barat. Topic Berkaitan #Iran #israel #Serangan Udara #peluru berpandu Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Dunia Tembakan di bar Texas disiasat sebagai serangan berunsur keganasan – FBI 3 minutes ago Dunia Serangan peluru berpandu ragut 9 nyawa di Israel 32 minutes ago Dunia Serangan ke atas sebuah sekolah di selatan Iran ragut sekurang‑kurangnya 153 nyawa 43 minutes ago Sukan Liga Super: Kuching City tewaskan Imigresen FC 1-0 53 minutes ago Dunia Dua dron Iran sasar gudang di Pangkalan Tentera Laut Al-Salam Di Abu Dhabi 1 hour ago Dunia Operasi ketenteraan ke atas Iran akan diteruskan sehingga semua objektif dicapai – Trump 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Siri letupan kedengaran di Baitulmaqdis Barat, enam cedera dalam serangan peluru berpandu Iran
