Operasi ketenteraan ke atas Iran akan diteruskan sehingga semua objektif dicapai – Trump

Operasi ketenteraan ke atas Iran akan diteruskan sehingga semua objektif dicapai – Trump | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia Tembakan di bar Texas disiasat sebagai serangan berunsur keganasan – FBI Dunia Serangan peluru berpandu ragut 9 nyawa di Israel Dunia Serangan ke atas sebuah sekolah di selatan Iran ragut sekurang‑kurangnya 153 nyawa Advertisement Dunia Operasi ketenteraan ke atas Iran akan diteruskan sehingga semua objektif dicapai – Trump Astro AWANI 02/03/2026 | 06:00 MYT Trump turut menyatakan bahawa operasi ketenteraan tersebut kini “lebih awal daripada jadual”. – Foto AP WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menegaskan bahawa operasi ketenteraan ke atas Iran akan diteruskan tanpa henti sehingga “semua objektif berjaya dicapai”, ketika konflik berskala besar antara AS, Israel dan Iran terus memuncak.Kenyataan itu dibuat dalam satu video yang dimuat naik di platform Truth Social.Advertisement Dalam video tersebut, Trump turut mengesahkan tiga anggota tentera AS terbunuh, dan memberi amaran bahawa jumlah korban mungkin meningkat.Beliau memberitahu NBC News bahawa lebih ramai anggota mungkin terkorban selepas Pentagon mengumumkan bahawa tiga anggota tentera AS yang tidak didedahkan identitinya telah terbunuh, manakala lima lagi cedera parah dalam serangan ketenteraan terhadap Iran.“Tiga anggota kita telah terkorban dan lebih ramai mungkin menyusul,” katanya namun menegaskan bahawa pengorbanan itu dianggap perlu dan akhirnya akan membawa manfaat besar kepada dunia.Trump turut menyatakan bahawa operasi ketenteraan tersebut, yang telah meragut nyawa Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei, serta puluhan pegawai tertinggi kerajaan dan tentera, kini “lebih awal daripada jadual”.Walaupun beliau mengesahkan bahawa pegawai AS dan Iran “sedang berbincang”, Trump tidak memberikan sebarang butiran mengenai saluran komunikasi atau topik rundingan tersebut.Kematian Khamenei sendiri telah disahkan dalam beberapa laporan antarabangsa sebelum ini, termasuk liputan langsung Al Jazeera yang menyebut pemimpin itu terbunuh dalam serangan AS-Israel.Sementara itu, ketegangan di rantau Asia Barat terus meningkat apabila Iran melancarkan serangan berbalas terhadap sasaran AS dan Israel, termasuk serangan peluru berpandu yang mengakibatkan kecederaan dan kematian di beberapa bandar.Laporan daripada Perkhidmatan Kecemasan Magen David Adom menyebut sekurang-kurangnya enam cedera di Jerusalem Barat susulan serangan peluru berpandu Iran.Dalam kenyataan berasingan, Perancis, Jerman dan United Kingdom turut mengecam tindakan Iran dan menyatakan kesediaan untuk mengambil “tindakan defensif” bagi memastikan keselamatan kepentingan mereka serta sekutu di rantau itu.Penganalisis ketenteraan menjangka serangan berterusan oleh AS yang disokong Israel berpotensi mencetuskan konflik lebih besar, memandangkan Iran telah memberi isyarat akan terus membalas.Beberapa pangkalan tentera AS di Asia Barat sebelum ini dilaporkan turut diserang Iran sebagai tindakan balas.Dengan operasi ketenteraan yang kini memasuki fasa paling agresif, kenyataan Trump menandakan bahawa Washington tidak merancang untuk mengendurkan tindak balas dalam masa terdekat.   Topic Berkaitan #Donald Trump #operasi ketenteraan #Iran #israel Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Dunia Tembakan di bar Texas disiasat sebagai serangan berunsur keganasan – FBI 2 minutes ago Dunia Serangan peluru berpandu ragut 9 nyawa di Israel 32 minutes ago Dunia Serangan ke atas sebuah sekolah di selatan Iran ragut sekurang‑kurangnya 153 nyawa 43 minutes ago Sukan Liga Super: Kuching City tewaskan Imigresen FC 1-0 53 minutes ago Dunia Dua dron Iran sasar gudang di Pangkalan Tentera Laut Al-Salam Di Abu Dhabi 1 hour ago Dunia Operasi ketenteraan ke atas Iran akan diteruskan sehingga semua objektif dicapai – Trump 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *