Letupan kuat gegar Qatar, UAE dan Kuwait susulan serangan balas Iran | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Pijak al-Quran: Pelajar terlibat didakwa esok, penelitian bukti mencukupi – AGC Malaysia Portal MyTax alami gangguan teknikal Dunia Iran tidak akan berunding dengan AS – Pegawai tinggi Iran Advertisement Dunia Letupan kuat gegar Qatar, UAE dan Kuwait susulan serangan balas Iran Astro AWANI 02/03/2026 | 16:06 MYT Serangan balas Iran ini merupakan sebahagian tindak balas terhadap operasi ketenteraan AS–Israel yang dilancarkan ke atas Iran sejak tiga hari lalu. DOHA: Beberapa siri letupan kuat dilaporkan menggegarkan Qatar, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Kuwait, dipercayai berkaitan serangan balas berterusan Iran terhadap negara-negara Teluk yang menempatkan aset dan kepentingan Amerika Syarikat (AS).Letupan besar ini berlaku ketika konflik Asia Barat terus memuncak susulan pembunuhan Pemimpin Tertinggi Iran.Advertisement Letupan dan bunyi dentuman kuat dilaporkan penduduk di Doha, Dubai dan Bandar Kuwait, dengan saksi di Kuwait memaklumkan kepulan asap kelihatan berhampiran Kedutaan AS selepas sistem pertahanan udara negara itu memintas dron dan beberapa objek yang disyaki peluru berpandu di kawasan Rumaithiya dan Salwa.Menurut laporan Reuters, serangan balas Iran ini merupakan sebahagian tindak balas terhadap operasi ketenteraan AS–Israel yang dilancarkan ke atas Iran sejak tiga hari lalu.Iran sebelum ini memberi amaran bahawa mana-mana negara Teluk yang membenarkan ruang udara atau pangkalan mereka digunakan bagi melancarkan serangan ke atas Iran akan dianggap sebagai sasaran sah.Letupan turut mengakibatkan gangguan besar terhadap operasi penerbangan dan keselamatan awam di rantau Teluk.Di UAE, serangan balas Iran sebelum ini telah mencederakan beberapa individu dan menyebabkan kerosakan pada kemudahan utama seperti Lapangan Terbang Dubai serta bangunan ikonik di Dubai, manakala Qatar melaporkan sekurang-kurangnya 16 kecederaan dalam serangan terdahulu.Setakat ini, pihak berkuasa Qatar, UAE dan Kuwait masih belum mengeluarkan perincian rasmi mengenai kerosakan atau jumlah korban bagi insiden terbaharu, namun langkah keselamatan telah ditingkatkan dengan beberapa negara Teluk mengaktifkan amaran serangan udara dan menggesa penduduk mengambil langkah perlindungan. Topic Berkaitan #Qatar #UAE #Kuwait #Iran #serangan balas #letupan #Asia Barat #pertahanan udara Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Pijak al-Quran: Pelajar terlibat didakwa esok, penelitian bukti mencukupi – AGC few seconds ago Malaysia Portal MyTax alami gangguan teknikal 17 minutes ago Dunia Iran tidak akan berunding dengan AS – Pegawai tinggi Iran 25 minutes ago Malaysia Malaysia atur bantuan untuk jemaah terkandas di Arab Saudi 31 minutes ago Dunia Duta Iran gesa negara Islam bersatu hadapi ancaman Israel 46 minutes ago Malaysia Bapa didakwa rogol, liwat anak perempuan 47 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda CloseAdvertisement: No Ad Tag found LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Letupan kuat gegar Qatar, UAE dan Kuwait susulan serangan balas Iran
