UK siap sedia laksana misi pemindahan 300,000 warga dari Asia Barat | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Pijak al-Quran: Pelajar terlibat didakwa esok, penelitian bukti mencukupi – AGC Malaysia Portal MyTax alami gangguan teknikal Dunia Iran tidak akan berunding dengan AS – Pegawai tinggi Iran Advertisement Dunia UK siap sedia laksana misi pemindahan 300,000 warga dari Asia Barat Astro AWANI 02/03/2026 | 17:00 MYT Yvette Cooper memaklumkan kira-kira 300,000 warga Britain telah mendaftarkan keberadaan mereka di rantau berkenaan, dan kerajaan sedang mengaktifkan pelbagai mekanisme keselamatan serta sokongan logistik bagi menghadapi sebarang kemungkinan. -Foto fail/Reuters LONDON: United Kingdom (UK) kini berada dalam tahap persediaan rapi bagi memulakan misi pemindahan besar-besaran rakyatnya dari Asia Barat, susulan konflik ketenteraan yang semakin memuncak melibatkan Iran, Amerika Syarikat dan Israel sejak hujung minggu lalu.Setiausaha Luar Britain, Yvette Cooper, memaklumkan bahawa kira-kira 300,000 warga Britain telah mendaftarkan keberadaan mereka di rantau berkenaan, dan kerajaan sedang mengaktifkan pelbagai mekanisme keselamatan serta sokongan logistik bagi menghadapi sebarang kemungkinan.Advertisement Bercakap kepada Sky News, Cooper berkata kerajaan sedang meneliti pelbagai pilihan pemindahan, termasuk bekerjasama rapat dengan industri pelancongan, penyedia perjalanan serta merangka misi pemindahan kendalian kerajaan sekiranya keadaan mendesak. Beliau menegaskan bahawa UK sangat berharap ruang udara negara-negara Teluk dapat dibuka semula bagi melancarkan pergerakan keluar orang awam.Sebagai langkah awal, Britain telah menghantar pasukan atur gerak pantas ke rantau Asia Barat bagi menyelaras urusan pemindahan dengan syarikat penerbangan dan operator kembara, termasuk menilai laluan alternatif sekiranya ruang udara terus ditutup.Langkah ini diambil berikutan penutupan lapangan terbang utama seperti Dubai dan Doha, yang kini menyebabkan ribuan penerbangan terbatal dan puluhan ribu pelancong terkandas.Konflik serantau itu kini mencetuskan gelombang kebimbangan besar terhadap keselamatan rakyat Britain di negara-negara Teluk, terutama selepas insiden peluru berpandu dan dron melanda beberapa bandar utama termasuk Doha, Dubai dan Kuwait City.Kerajaan UK setakat ini menasihati semua warganya supaya kekal berada di tempat selamat, mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan dan sentiasa mengikuti kemas kini perjalanan yang dikeluarkan Foreign Office. Topic Berkaitan #United Kingdom #Yvette Cooper #pemindahan warga UK #Asia Barat #konflik Iran #ruang udara ditutup Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Pijak al-Quran: Pelajar terlibat didakwa esok, penelitian bukti mencukupi – AGC few seconds ago Malaysia Portal MyTax alami gangguan teknikal 17 minutes ago Dunia Iran tidak akan berunding dengan AS – Pegawai tinggi Iran 26 minutes ago Malaysia Malaysia atur bantuan untuk jemaah terkandas di Arab Saudi 31 minutes ago Dunia Duta Iran gesa negara Islam bersatu hadapi ancaman Israel 46 minutes ago Malaysia Bapa didakwa rogol, liwat anak perempuan 47 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda CloseAdvertisement: No Ad Tag found LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
UK siap sedia laksana misi pemindahan 300,000 warga dari Asia Barat
