STEM Teras Pembangunan Negara: Cabaran, Kesan dan Hala Tuju Masa Depan | MajalahSains 23 °c Kuala Lumpur 26 ° Sat 27 ° Sun 27 ° Mon 25 ° Tue Saturday, February 14, 2026 Cart / RM0.00 No products in the cart. No Result View All Result e-ISSN : 2682-8456 Laman Utama Siapa Kami HANTAR ARTIKEL & F.A.Q Kategori Alam Semulajadi Astronomi & Kosmologi Berita & Peristiwa Bicara Saintis Sains untuk Manusia Suara Saintis Muda Events Featured Fiksyen, Buku & Filem Fizik Kimia Komputer & IT Luar Negara Matematik Perubatan & Kesihatan Rencana Sejarah & Falsafah Teknologi & Kejuruteraan Tempatan Tenaga Tokoh Pengiklanan Sains Shop Pengajian Tinggi Biografi Umum Siri-Ingin Tahu Mengapa Sains Penting Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains Kitaran Hidup Gaya Hidup Sihat Sains Dalam Kehidupan Sains Itu Menyeronokkan Careers Laman Utama Siapa Kami HANTAR ARTIKEL & F.A.Q Kategori Alam Semulajadi Astronomi & Kosmologi Berita & Peristiwa Bicara Saintis Sains untuk Manusia Suara Saintis Muda Events Featured Fiksyen, Buku & Filem Fizik Kimia Komputer & IT Luar Negara Matematik Perubatan & Kesihatan Rencana Sejarah & Falsafah Teknologi & Kejuruteraan Tempatan Tenaga Tokoh Pengiklanan Sains Shop Pengajian Tinggi Biografi Umum Siri-Ingin Tahu Mengapa Sains Penting Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains Kitaran Hidup Gaya Hidup Sihat Sains Dalam Kehidupan Sains Itu Menyeronokkan Careers No Result View All Result No Result View All Result STEM Teras Pembangunan Negara: Cabaran, Kesan dan Hala Tuju Masa Depan STEM Teras Pembangunan Negara: Cabaran, Kesan dan Hala Tuju Masa Depan by Editor 12/02/2026 in Berita & Peristiwa, STEM 0 0 0 Oleh: Dr. Zulmaryan binti Embong dan Dr. Nurul Najihah Mohamad Jabatan Sains Pengkomputeran dan Teori, Kulliyyah Sains, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kampus Kuantan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) merupakan bidang teras yang menyokong pembangunan negara berasaskan pengetahuan, inovasi dan daya saing global. Namun, sejak kebelakangan ini, kemerosotan bilangan pelajar yang memilih aliran STEM di peringkat sekolah dan pengajian tinggi menjadi isu yang semakin membimbangkan. Artikel ini membincangkan fenomena penurunan penyertaan pelajar dalam bidang STEM, kesannya terhadap individu dan negara, kekuatan serta potensi STEM, dan seterusnya mengemukakan beberapa cadangan strategik bagi memperkukuh dan meningkatkan minat pelajar terhadap bidang ini. STEM bukan sekadar gabungan empat disiplin akademik, sebaliknya merupakan satu ekosistem ilmu yang membentuk pemikiran kritis, analitikal dan kreatif dalam menangani permasalahan dunia sebenar. Negara-negara maju seperti Singapura, China, Korea Selatan dan Jepun telah meletakkan STEM sebagai pemacu utama inovasi, peningkatan produktiviti serta kemakmuran ekonomi negara. Namun demikian, landskap pendidikan semasa di Malaysia menunjukkan trend penurunan minat pelajar terhadap aliran STEM, khususnya dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Situasi ini menimbulkan kebimbangan terhadap kelangsungan tenaga kerja berkemahiran tinggi serta keupayaan negara untuk kekal berdaya saing dalam era Revolusi Industri 4.0 dan ekonomi digital. Pelajar semakin kurang yakin dan cenderung menjauhkan diri daripada subjek teras seperti Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi, walhal subjek-subjek ini merupakan asas utama kepada pembangunan teknologi dan kemajuan dunia digital masa kini. Kemerosotan Penyertaan Pelajar dalam Bidang STEM Kemerosotan bilangan pelajar yang memilih aliran STEM dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Antaranya ialah persepsi bahawa subjek STEM sukar, bersifat abstrak dan terlalu berorientasikan peperiksaan. Selain itu, kekurangan pendedahan kepada aplikasi STEM dalam kehidupan seharian menyebabkan pelajar gagal melihat kerelevanan dan kepentingan ilmu tersebut. Pengaruh media sosial juga memainkan peranan yang signifikan, apabila sebahagian pelajar beranggapan bahawa kejayaan boleh dicapai dengan menjadi pempengaruh (influencer) atau pencipta kandungan digital tanpa perlu penguasaan ilmu STEM. Kandungan hiburan dan gaya hidup yang lebih mudah diakses dan menarik sering mengatasi kandungan berkaitan STEM, sekali gus membentuk persepsi bahawa bidang STEM kurang relevan, mencabar dan tidak seiring dengan aspirasi kerjaya moden. Faktor lain termasuk kaedah pengajaran yang kurang kontekstual, kekangan kemudahan makmal, serta kekurangan role model STEM dalam kalangan masyarakat. Bagi sesetengah pelajar, tekanan akademik dan ketakutan terhadap kegagalan turut menjadi penghalang utama untuk memilih aliran STEM. Kesan Kemerosotan STEM terhadap Individu dan Negara Penurunan penyertaan dalam aliran STEM memberi kesan jangka panjang yang signifikan. Dari sudut individu, peluang kerjaya dalam bidang berpendapatan tinggi dan berimpak besar menjadi semakin terhad. Dari sudut negara pula, kekurangan tenaga kerja berkemahiran STEM berpotensi menjejaskan keupayaan inovasi, pembangunan teknologi tempatan serta daya saing ekonomi di peringkat global. Persoalan yang lebih mendasar perlu diketengahkan: adakah kita bersedia untuk melahirkan generasi akan datang yang tidak mempunyai asas kukuh dalam Matematik dan Fizik untuk menghasilkan pelan dan struktur bangunan yang selamat, doktor tanpa penguasaan mendalam dalam Biologi, atau ahli farmasi yang kurang kefahaman terhadap prinsip Kimia dan penyelidikan ubat-ubatan? Kekurangan asas STEM bukan sahaja menjejaskan kompetensi profesional, malah boleh memberi implikasi serius terhadap keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan masyarakat. Lebih membimbangkan, kelemahan dalam penguasaan STEM berpotensi memperluas jurang sosial dan ekonomi apabila hanya segelintir golongan mempunyai akses kepada literasi sains dan teknologi yang mencukupi. Keadaan ini akhirnya menjejaskan keadilan sosial serta kelestarian pembangunan negara. Kekuatan dan Potensi Bidang STEM Walaupun berdepan cabaran, STEM mempunyai kekuatan yang besar sebagai teras pembinaan pemikiran saintifik dan inovatif. Bidang ini melatih pelajar untuk berfikir secara logik, berasaskan bukti, dan sistematik, di samping membina keupayaan menyelesaikan masalah kompleks secara berstruktur. Kemahiran ini bukan sahaja relevan dalam kerjaya saintifik dan teknikal, malah menjadi asas penting dalam kepimpinan, pembuatan keputusan dan pembentukan dasar. Pengalaman penglibatan penulis dalam pelaksanaan program STEM di peringkat sekolah, khususnya melalui inisiatif IIUM STEM Ambassador, menunjukkan bahawa pendekatan STEM yang kontekstual dan berasaskan projek mampu mengubah persepsi pelajar terhadap sains dan matematik. Apabila pelajar diberi ruang untuk meneroka masalah dunia sebenar serta mengaitkan pembelajaran dengan kehidupan harian dan aspirasi kerjaya, STEM tidak lagi dilihat sebagai bidang yang sukar, tetapi sebagai alat untuk memahami dan membentuk masa depan. Selain itu, STEM bersifat merentas disiplin dan sangat fleksibel. Integrasi STEM dengan
STEM Teras Pembangunan Negara: Cabaran, Kesan dan Hala Tuju Masa Depan
