ACLE: JDT tekad jinakkan Sanfrecce Hiroshima di SSI esok | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia [KOLUMNIS] Selat Hormuz: Apabila undang-undang dunia diuji kuasa adidaya Malaysia Lebih 350,000 permohonan Tahun 1 usia enam tahun direkodkan – Wong Malaysia Tuntutan MA63 perlu selari semangat Persekutuan, kata Ahli Parlimen Advertisement Sukan ACLE: JDT tekad jinakkan Sanfrecce Hiroshima di SSI esok Bernama 03/03/2026 | 18:25 MYT Xisco Munoz berkata, skuad Harimau Selatan dijangka mengamalkan pendekatan lebih berdisiplin dengan intensiti tinggi bagi memastikan keputusan memihak kepada mereka. – Gambar fail ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta’zim FC (JDT) bertekad memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila berdepan Sanfrecce Hiroshima pada aksi pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) 2025/2026 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), di sini, esok.Skuad Harimau Selatan dijangka mengamalkan pendekatan lebih berdisiplin dengan intensiti tinggi bagi memastikan keputusan memihak kepada mereka sebagai bekalan selesa menjelang aksi timbal balik, sekali gus mengukuhkan peluang mara ke suku akhir saingan kelab elit Asia itu.Advertisement Ketua jurulatih JDT Xisco Munoz menyifatkan pertembungan berkenaan sebagai ujian getir dan menuntut anak buahnya mengawal tempo permainan, terutama berdepan kelab Jepun yang terkenal dengan transisi serangan pantas.“Ia akan menjadi perlawanan yang sukar. Paling penting kami perlu mengawal permainan dan memahami setiap fasa. Mereka pasukan yang kuat dengan barisan pemain berkualiti, khususnya di bahagian serangan,” katanya pada sidang media praperlawanan di sini, hari ini.Meskipun mengakui kekuatan lawan, Munoz yakin barisannya memiliki kemampuan untuk menyahut cabaran tersebut.“Kami perlu mempamerkan mentaliti, intensiti dan kekuatan sepanjang 90 minit. Dengan sokongan penyokong yang menjadi ‘pemain ke-12’, kami mampu memberikan aksi terbaik. Jika ada peluang, kami perlu menamatkan permainan lebih awal,” kata pengendali kelahiran Sepanyol itu.Sementara itu, ketua jurulatih Sanfrecce Hiroshima, Bartosch Gaul menjangkakan aksi sengit, namun percaya anak buahnya sudah membuat persiapan rapi bagi menghadapi perlawanan pertama pusingan 16 terbaik itu.Beliau mengakui kualiti yang dipamerkan JDT pada pertemuan terdahulu, terutama ketahanan mental meskipun terpaksa beraksi dengan 10 pemain.Harimau Selatan tewas tipis 1-2 kepada kelab Liga 1 Jepun (Liha J1) itu pada aksi kumpulan Zon Timur di Stadium Edion Peace Wing, Hiroshima pada 10 Feb lepas ketika beraksi dengan 10 pemain pada awal babak pertama.Mengulas ancaman utama pasukan tuan rumah, Gaul berkata pihaknya akan memberi tumpuan untuk mengekang beberapa pemain penting JDT, namun menegaskan keutamaan tetap kepada corak permainan sendiri.– BERNAMA Topic Berkaitan #JDT #Xisco Munoz #ACLE #Sanfrecce Hiroshima #Stadium Sultan Ibrahim Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Dunia [KOLUMNIS] Selat Hormuz: Apabila undang-undang dunia diuji kuasa adidaya 11 minutes ago Malaysia Lebih 350,000 permohonan Tahun 1 usia enam tahun direkodkan – Wong 26 minutes ago Malaysia Tuntutan MA63 perlu selari semangat Persekutuan, kata Ahli Parlimen 29 minutes ago Malaysia "Scammer" mampu lesapkan dana dalam 10 minit, lapor segera 997 – Saifuddin Nasution 36 minutes ago Dunia Rakyat Malaysia antara dua terbunuh dalam nahas helikopter terhempas di Filipina 40 minutes ago Malaysia Tiga wanita didenda RM5,000 curi kabel Telekom Malaysia 41 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
ACLE: JDT tekad jinakkan Sanfrecce Hiroshima di SSI esok
