RUU had tempoh jawatan PM: Sangkut dalam 'jam', antara alasan MP tidak hadir

RUU had tempoh jawatan PM: Sangkut dalam 'jam', antara alasan MP tidak hadir | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia Sekatan berterusan di utara Pakistan susulan protes anti-AS yang ragut nyawa Malaysia PAC gesa FELCRA nilai semula sasaran bank tanah 30,000 hektar Malaysia SPRM tahan anggota trafik disyaki minta, terima rasuah RM30,000 Advertisement Malaysia RUU had tempoh jawatan PM: Sangkut dalam 'jam', antara alasan MP tidak hadir Umavathi Ramayah 03/03/2026 | 17:58 MYT Fahmi Fadzil mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di Cyberjaya pada Selasa. -Gambar Astro AWANI/Shahir Omar CYBERJAYA: Alasan yang diberikan beberapa Ahli Parlimen susulan ketidakhadiran mereka ketika pengundian Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 di Dewan Rakyat, Isnin lalu, menjadi perhatian, dengan jurucakap Kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil menyifatkan penjelasan tertentu sebagai ‘luar biasa’.Menurutnya, ada dalam kalangan wakil rakyat terbabit memberi alasan ‘tersangkut’ dalam kesesakan lalu lintas.Advertisement “Bukan Pakatan Harapan (PH) yang akan bertanya, tetapi Ketua Whip dan terutama Ketua Whip sendiri sudah pun bertanya.”Saya lihat raut wajah Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Fadillah Yusof) kelihatan sedikit kecewa apabila dimaklumkan lapan Ahli Parlimen tidak hadir,” katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC), di sini, pada Selasa.Fahmi berkata, beliau difahamkan Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir berada di hospital, manakala Ahli Parlimen Tapah, Datuk Seri M Saravanan memaklumkan perlu menghadiri upacara keagamaan.”Yang lain ada memaklumkan tersangkut dalam kesesakan lalu lintas.”Cuma jawapan Ahli Parlimen Bukit Gantang (Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal) itu luar biasa,” katanya.Selain tiga Ahli Parlimen itu, lima lagi yang tidak hadir adalah Datuk Henry Sum Agong (Lawas), Riduan Rubin (Tenom), Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Sembrong), Datuk Larry Soon (Julau), dan Datuk Seri Dr Jeffrey@ Kitingan (Keningau).Dewan Rakyat pada Isnin gagal meluluskan pindaan Perlembagaan bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada maksimum 10 tahun selepas undian tidak mencapai majoriti dua pertiga yang diperlukan.Dalam undi blok berkenaan, seramai 146 Ahli Parlimen menyokong RUU itu, 44 berkecuali manakala 32 tidak hadir.Sekurang-kurangnya 148 undi diperlukan bagi mencapai majoriti dua pertiga untuk meluluskan pindaan Perlembagaan.Mereka yang tidak hadir terdiri daripada tiga Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), dua Ahli Parlimen Bebas, serta masing-masing seorang daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Parti Bangsa Malaysia (PBM).  Topic Berkaitan #anwar ibrahim #kementerian komunikasi #had kuasa #RUU Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Dunia Sekatan berterusan di utara Pakistan susulan protes anti-AS yang ragut nyawa 15 minutes ago Malaysia PAC gesa FELCRA nilai semula sasaran bank tanah 30,000 hektar 45 minutes ago Malaysia SPRM tahan anggota trafik disyaki minta, terima rasuah RM30,000 1 hour ago Dunia [KOLUMNIS] Selat Hormuz: Apabila undang-undang dunia diuji kuasa adidaya 1 hour ago Malaysia Lebih 350,000 permohonan Tahun 1 usia enam tahun direkodkan – Wong 1 hour ago Malaysia Tuntutan MA63 perlu selari semangat Persekutuan, kata Ahli Parlimen 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *