Ekosistem Nematod Di Persekitaran Sawah Padi di Malaysia

Ekosistem Nematod Di Persekitaran Sawah Padi di Malaysia | MajalahSains 23 °c Kuala Lumpur 26 ° Sat 27 ° Sun 27 ° Mon 25 ° Tue Saturday, February 14, 2026 Cart / RM0.00 No products in the cart. No Result View All Result e-ISSN : 2682-8456 Laman Utama Siapa Kami HANTAR ARTIKEL & F.A.Q Kategori Alam Semulajadi Astronomi & Kosmologi Berita & Peristiwa Bicara Saintis Sains untuk Manusia Suara Saintis Muda Events Featured Fiksyen, Buku & Filem Fizik Kimia Komputer & IT Luar Negara Matematik Perubatan & Kesihatan Rencana Sejarah & Falsafah Teknologi & Kejuruteraan Tempatan Tenaga Tokoh Pengiklanan Sains Shop Pengajian Tinggi Biografi Umum Siri-Ingin Tahu Mengapa Sains Penting Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains Kitaran Hidup Gaya Hidup Sihat Sains Dalam Kehidupan Sains Itu Menyeronokkan Careers Laman Utama Siapa Kami HANTAR ARTIKEL & F.A.Q Kategori Alam Semulajadi Astronomi & Kosmologi Berita & Peristiwa Bicara Saintis Sains untuk Manusia Suara Saintis Muda Events Featured Fiksyen, Buku & Filem Fizik Kimia Komputer & IT Luar Negara Matematik Perubatan & Kesihatan Rencana Sejarah & Falsafah Teknologi & Kejuruteraan Tempatan Tenaga Tokoh Pengiklanan Sains Shop Pengajian Tinggi Biografi Umum Siri-Ingin Tahu Mengapa Sains Penting Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains Kitaran Hidup Gaya Hidup Sihat Sains Dalam Kehidupan Sains Itu Menyeronokkan Careers No Result View All Result No Result View All Result Ekosistem Nematod Di Persekitaran Sawah Padi di Malaysia Ekosistem Nematod Di Persekitaran Sawah Padi di Malaysia by Editor 08/02/2026 in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa 0 0 0 Penulis: Mohd Nazarudin Anuar¹ & Mohd Amirulhusni Mohd Yusoff² ¹Pegawai Penyelidik & ²Penolong Pegawai Penyelidik Program Pengurusan Perosak dan Penyakit, Pusat Penyelidikan Hortikultur, Stesen MARDI Sintok, Kedah Kebanyakan negara Asia, termasuk Malaysia, menjadikan tanaman padi (Oryza sativa) sebagai komoditi bijirin utama seterusnya makanan ruji. Keluasan penanaman padi di Malaysia adalah kira-kira 600,000 hingga 700,000 hektar dengan pengeluaran hasil leih 2 juta tan setahun. Penanaman padi di Malaysia dijalankan secara intensif sebanyak dua kali setahun (dwi-musim) di mana musim utama bermula sekitar bulan September/Oktober hingga Mac manakala penanaman luar musim biasanya bermula sekitar bulan Mac/April hingga Ogos. Aktiviti pertanian yang berterusan dan penggunaan input pertanian yang berlebihan memberi kesan ke atas persekitaran kawasan penanaman sawah padi terutamanya ekosistem tanah. Faktor abiotik tanah utama yang bersifat fizikokimia, termasuk pH, kandungan lembapan, suhu, dan komposisi tanah, berubah mengikut perubahan musim sepanjang tahun. Peningkatan kandungan air meningkatkan pH tanah dalam secara umum tetapi kemudiannya menurunkan pH tanah dengan peningkatan kepekatan garam. Aktiviti pertanian seperti penggemburan tanah, pembanjiran dan pengeringan tanah serta penambahan input pertanian ke dalam tanah turut menjejaskan ekosistem dalam tanah sawah padi. Selain itu, penggunaan jentera berat untuk pembajakan, penyediaan batas dan penuaian memberikan kesan langsung ke atas kestabilan struktur tanah. Ekosistem dalam tanah secara umumnya terdiri dari pelbagai jenis fauna termasuk mikroorganisma seni seperti kulat, bakteria, virus dan nematod. Dari segi komuniti metazoa (organisma eukariot multisel) dalam tanah, nematod mewakili kumpulan yang besar di mana ianya meliputi nematod bermanfaat dan nematod perosak tanaman. Walaupun nematod perosak tanaman lebih diberi perhatian disebabkan kerosakan ke atas tanaman, hampir lebih 90% populasi nematod dalam tanah adalah terdiri daripada nematod bermanfaat. Komposisi komuniti nematod dalam tanah boleh berubah akibat tekanan persekitaran seperti aktiviti penggubahan tanah dan perubahan input kimia/organik dalam tanah. Penambahan baja organik dan bukan organik membawa perubahan parameter dalam tanah seperti tekstur, struktur dan pH, yang mengakibatkan peningkatan kepelbagaian nematod dalam tanah. Secara umumnya, nematod merupakan kumpulan organisma penting dalam rantaian kitar semula nutrien dalam tanah serta pembentukan ekologi yang mampan. Selain itu, nematod bertindak sebagai pengawal selia pada pelbagai aras trofik dalam rangkaian makanan tanah dan membantu mengimbangi komposisi serta perkembangan struktur dalam rangkaian makanan dan kematangan ekosistem. Rajah 1. Rajah skematik fungsi ekologi nematod tanah. Komuniti nematod dalam tanah boleh dikelaskan kepada beberapa kumpulan utama berdasarkan aktiviti pemakanan nematod seperti nematod pemakan bakteria (bakterivor), nematod pemakan kulat (fungivor), nematod perosak tanaman, nematod omnivor dan nematod pemangsa. Setiap kumpulan nematod adalah penting dalam rantaian makanan dalam tanah dan fungsi ekosistem yang berlainan seperti dalam Rajah 1. Fungsi ekologi utama nematod ialah mengitar semula unsur karbon ke dalam tanah dan menguraikan sisa organik. Selain itu, pergerakan nematod dalam tanah turut memberi kesan dalam memperbaiki struktur tanah agar tidak terlalu padat. Umumnya, komposisi nematod dalam tanah biasanya didominasi oleh nematod pemakan kulat dan bakteria. Populasi nematod fungivor mendominasi kebanyakkan tempoh semasa penanaman padi terutamanya semasa tempoh kering sawah padi. Hal ini disebabkan peningkatan populasi kulat pengurai terutamanya selepas penuaian padi. Aktiviti pemakanan oleh nematod fungivor penting dalam penguraian sisa hasil penuaian padi di mana ianya mencetuskan letusan populasi kulat pengurai. Sisa tanaman padi yang diasimilasi ke dalam tanah semasa aktiviti pemugaran tanah meningkatkan lagi populasi nematod fungivor yang memakan kulat pengurai. Keadaan ini menjadikan struktur tanah menjadi lebih poros dan mudah ditembus berbanding keadaan tanah sebelum digembur. Nematod bakterivor kemudiannya mendominasi ekosistem tanah semasa tempoh pembajiran sawah padi di mana nematod ini lebih beradaptasi dalam keadaan anaerobik (kurang oksigen). Aktiviti penguraian dalam tanah masih lagi berlaku tetapi didominasi oleh bakteria pengurai berbanding kulat. Komuniti kulat dan bakteria disebar luas dalam tanah menerusi aktiviti pemakanan nematod di mana tidak semua kulat/bakteria dicerna dan dikeluarkan semasa pencernaan. Pergerakan nematod dalam tanah turut memberi peluang kepada kulat/bakteria untuk membiak ke kawasan baharu. Pada awal penanaman padi selepas kemasukan air, nilai pH tanah adalah sedikit berasid akibat kandungan organik yang tinggi sebelum meningkat semula dan stabil selepas setengah bulan. Pada peringkat ini, nematod perosak tanaman mula aktif membiak disebabkan kehadiran sumber makanan (akar tumbuhan) dan persekitaran tanah pH sedikit berasid. Populasi nematod ni dapat diseimbangkan dengan kehadiran nematod omnivor dan nematod pemangsa. Nematod omnivor dan pemangsa sangat sensitif terhadap gangguan alam sekitar di mana nematod jenis lebih banyak ditemui di kawasan tan

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *