All England 2026: Dua beregu campuran negara pulang awal | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia Khamenei akan dikebumikan di kota suci Mashhad – Laporan Malaysia Hubungan Malaysia-Indonesia teguh, sedia pacu pertumbuhan lebih pesat – Duta Besar Malaysia Anwar, Prabowo bakal adakan pertemuan, bincang perkukuh hubungan dua hala Advertisement Sukan All England 2026: Dua beregu campuran negara pulang awal Bernama 04/03/2026 | 05:45 MYT Hasrat dua beregu campuran negara untuk melangkah lebih jauh dalam saingan All England 2026 tidak kesampaian apabila kedua-duanya tersingkir seawal pusingan pertama di Utilita Arena Birmingham, pada Selasa. KUALA LUMPUR: Hasrat dua beregu campuran negara untuk melangkah lebih jauh dalam saingan All England 2026 tidak kesampaian apabila kedua-duanya tersingkir seawal pusingan pertama di Utilita Arena Birmingham, pada Selasa.Pasangan profesional negara, Jimmy Wong-Lai Pei Jing yang membuka tirai cabaran Malaysia terpaksa akur dengan kehebatan beregu Taiwan, Ye Hong Wei-Nicole Gonzales Chan selepas tewas 17-21, 18-21 dalam tempoh 36 minit.Advertisement Kekalahan itu merupakan yang kedua buat Jimmy-Pei Jing kepada pasangan sama selepas tumpas pada Masters Jepun 2025.Turut menerima nasib sama ialah satu lagi beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin yang tewas buat kali kedua berturut-turut dalam tiga pertemuan kepada gandingan India, Dhruv Kapila-Tanisha Crasto.Dalam perlawanan yang berlangsung selama 41 minit itu, pasangan ranking ke-23 dunia berkenaan bermula dengan baik, namun gagal mengekalkan konsistensi sebelum tunduk 17-21, 19-21.Sementara itu, tumpuan kini terarah kepada empat lagi wakil Malaysia yang akan memulakan kempen masing-masing awal pagi esok waktu Malaysia iaitu beregu campuran utama negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei; beregu lelaki negara, Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri dan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi serta perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao.Kejohanan All England 2026 dijadual berlangsung sehingga Ahad ini.– BERNAMA Topic Berkaitan #Jimmy Wong-Lai Pei Jing #all england 2026 #badminton Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Dunia Khamenei akan dikebumikan di kota suci Mashhad – Laporan 21 minutes ago Malaysia Hubungan Malaysia-Indonesia teguh, sedia pacu pertumbuhan lebih pesat – Duta Besar 31 minutes ago Malaysia Anwar, Prabowo bakal adakan pertemuan, bincang perkukuh hubungan dua hala 41 minutes ago Bisnes Amanahraya pegang dana tertangguh RM452 juta setakat 31 Disember 2025 – MOF 56 minutes ago Bisnes IILM berjaya terbitkan sukuk AS$1.29 bilion di tengah-tengah turun naik geopolitik global 1 hour ago Sukan All England 2026: Dua beregu campuran negara pulang awal 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
All England 2026: Dua beregu campuran negara pulang awal
