Khamenei akan dikebumikan di kota suci Mashhad – Laporan | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia Khamenei akan dikebumikan di kota suci Mashhad – Laporan Malaysia Hubungan Malaysia-Indonesia teguh, sedia pacu pertumbuhan lebih pesat – Duta Besar Malaysia Anwar, Prabowo bakal adakan pertemuan, bincang perkukuh hubungan dua hala Advertisement Dunia Khamenei akan dikebumikan di kota suci Mashhad – Laporan Agensi 04/03/2026 | 06:50 MYT Khamenei, yang memimpin negara itu selama 36 tahun, terbunuh pada usia 86 tahun dalam siri serangan oleh Amerika Syarikat dan Israel pada Sabtu lalu. – Gambar fail Reuters TEHRAN: Pemimpin Agung Iran yang terbunuh dalam serangan udara Israel, Ayatollah Ali Khamenei, akan dikebumikan di kota suci Mashhad, lapor agensi berita Fars pada Selasa.Khamenei, yang memimpin negara itu selama 36 tahun, terbunuh pada usia 86 tahun dalam siri serangan oleh Amerika Syarikat dan Israel pada Sabtu lalu.Advertisement Beliau berasal dari Mashhad, bandar kedua terbesar di Iran, tempat ayahnya dikebumikan di makam Imam Reza.Sebelum majlis pengebumian berlangsung, satu “upacara perpisahan besar” akan diadakan di Tehran, menurut Pengawal Revolusi di akaun Telegram mereka.Bagaimanapun, tiada tarikh pengebumian yang diumumkan.Selepas kematian Khamenei, kuasa diserahkan kepada sebuah majlis sementara yang terdiri daripada tiga anggota sehingga Majlis Pakar memilih penggantinya.Majlis itu merangkumi Presiden, Ketua Kehakiman dan seorang ahli Fiqh dari Majlis Penjaga, badan yang mengawasi perundangan dan menapis calon pilihan raya.Fars, memetik seorang pegawai yang mengetahui proses tersebut, melaporkan bahawa “atas sebab keselamatan”, mesyuarat terakhir majlis itu mungkin ditangguhkan sehingga selepas pengebumian Khamenei.Media Iran melaporkan bahawa bangunan yang menempatkan 88 anggota badan itu di kota suci Qom, selatan Tehran, terkena serangan AS-Israel pada Selasa.Ibu pejabat utamanya di ibu kota Iran juga diserang sehari sebelumnya. – Agensi Topic Berkaitan #Perang Iran-Israel 2026 #Ayatollah Ali Khamenei #Khamenei terbunuh #Amerika serang Iran Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Dunia Khamenei akan dikebumikan di kota suci Mashhad – Laporan 20 minutes ago Malaysia Hubungan Malaysia-Indonesia teguh, sedia pacu pertumbuhan lebih pesat – Duta Besar 30 minutes ago Malaysia Anwar, Prabowo bakal adakan pertemuan, bincang perkukuh hubungan dua hala 40 minutes ago Bisnes Amanahraya pegang dana tertangguh RM452 juta setakat 31 Disember 2025 – MOF 55 minutes ago Bisnes IILM berjaya terbitkan sukuk AS$1.29 bilion di tengah-tengah turun naik geopolitik global 1 hour ago Sukan All England 2026: Dua beregu campuran negara pulang awal 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Khamenei akan dikebumikan di kota suci Mashhad – Laporan
