Bawa pulang pelajar: KPT dapatkan pandangan Kementerian Luar

Bawa pulang pelajar: KPT dapatkan pandangan Kementerian Luar | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia Kes rogol belum selesai, anak Puteri Mahkota Norway berdepan pertuduhan baharu Malaysia Wanita ditemui maut berlumuran darah, terdapat kesan kelar pada leher Dunia Konflik Asia Barat: Turkiye gesa redakan ketegangan, pantau risiko serantau dan global Advertisement Malaysia Bawa pulang pelajar: KPT dapatkan pandangan Kementerian Luar Bernama 04/03/2026 | 00:11 MYT Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata sebarang urusan berkaitan krisis luar negara akan diterajui oleh Kementerian Luar selaku kementerian utama yang menyelaras hal ehwal diplomatik dan keselamatan di peringkat antarabangsa. – Gambar fail/BERNAMA KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mendapatkan petunjuk daripada Kementerian Luar sebelum memutuskan sebarang tindakan lanjut berhubung langkah membawa pulang pelajar Malaysia yang berada di kawasan konflik di Asia Barat.Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata sebarang urusan berkaitan krisis luar negara akan diterajui oleh Kementerian Luar selaku kementerian utama yang menyelaras hal ehwal diplomatik dan keselamatan di peringkat antarabangsa.Advertisement “Apa-apa pun kita akan mendapat clue (petunjuk) daripada Kementerian Luar,” katanya selepas Majlis Berbuka Puasa dan Perasmian Masjid Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Sultan Ibrahim yang disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di sini hari ini.Zambry berkata setakat ini KPT terus memantau situasi di rantau tersebut dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan pelajar Malaysia.Beliau berkata setakat semalam, hanya enam pelajar Malaysia yang masih berada di Iran dan kesemua mereka merupakan pelajar persendirian.”Tahun lepas kita ada 13 orang (di Iran), namun setakat semalam kita dimaklumkan ada enam orang sahaja,” katanya sambil menambah jumlah itu jauh lebih kecil berbanding di Jordan yang mencecah 1,700 orang.Selain Jordan, tumpuan pelajar Malaysia di rantau tersebut turut melibatkan negara seperti Mesir dan Arab Saudi.Zambry berkata kementeriannya akan sentiasa berkongsi perkembangan terkini mengenai status pelajar-pelajar berkenaan dari semasa ke semasa.Terdahulu, beliau dilaporkan berkata pelajar Malaysia di enam negara Asia Barat secara umumnya dalam keadaan selamat.– BERNAMA Topic Berkaitan #bawa pulang pelajar #KPT #konflik Asia Barat #Zambry Abd Kadir Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Dunia Kes rogol belum selesai, anak Puteri Mahkota Norway berdepan pertuduhan baharu 14 minutes ago Malaysia Wanita ditemui maut berlumuran darah, terdapat kesan kelar pada leher 44 minutes ago Dunia Konflik Asia Barat: Turkiye gesa redakan ketegangan, pantau risiko serantau dan global 54 minutes ago Dunia Konflik Asia Barat: Iran nafi serang Oman, anggap negara Teluk itu "sahabat" 1 hour ago Dunia Khamenei akan dikebumikan di kota suci Mashhad – Laporan 1 hour ago Malaysia Hubungan Malaysia-Indonesia teguh, sedia pacu pertumbuhan lebih pesat – Duta Besar 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *