Konflik Asia Barat: Israel 'mengkudakan' AS untuk capai agenda sendiri

Konflik Asia Barat: Israel 'mengkudakan' AS untuk capai agenda sendiri | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Penyelia asrama ditahan disyaki minta, terima rasuah RM78,000 Malaysia Harga runcit RON97 naik 10 sen, diesel di Semenanjung naik 8 sen – MOF Malaysia Konflik Asia Barat: Israel 'mengkudakan' AS untuk capai agenda sendiri Advertisement Malaysia Konflik Asia Barat: Israel 'mengkudakan' AS untuk capai agenda sendiri Umavathi Ramayah 04/03/2026 | 19:00 MYT Abdelrahman Ibrahim, berkata perang yang sedang berlaku ketika ini pada hakikatnya bukanlah perang Amerika Syarikat. KUALA LUMPUR: Israel didakwa mempergunakan Amerika Syarikat (AS) sebagai ‘alat’ dalam konflik yang sedang memuncak di Asia Barat, dengan menjadikan kuasa besar itu sebagai pelindung kepentingan geopolitiknya. Menurut Pensyarah Kolej PERMATA Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Madya Abdelrahman Ibrahim, apa yang berlaku hari ini hakikatnya bukanlah perang yang tercetus daripada kepentingan AS, sebaliknya konflik yang digerakkan dan dipacu oleh Israel demi mencapai agendanya di rantau tersebut.Advertisement “Amerika (Syarikat) ditarik ke dalam perang ini. Perang ini bukan perang Amerika (Syarikat), ia adalah perang Israel. “Apa yang berlaku sekarang ialah Israel mengkudakan Amerika, menjadikan negara itu sebagai ‘kuda’ untuk mencapai kepentingan mereka.” katanya pada Buletin AWANI Khas – Konflik Asia Barat, di sini pada Rabu.Abdelrahman memberitahu, perkara itu turut disokong dengan kenyataan yang didakwa pernah dibuat Menteri Luar AS dalam pertemuan bersama beberapa anggota kanan Kongres, yang menyifatkan konflik berkenaan sebagai perang Israel dan bukan perang AS.”Bayangkan apabila seorang Menteri Luar sendiri menyatakan perkara itu kepada kelompok paling berpengaruh di Kongres.”Ini menunjukkan Amerika (Syarikat) sebenarnya ‘ditarik’ ke dalam konflik yang bukan berpunca daripada kepentingan langsungnya,” katanya.Menurutnya, jika konflik berterusan, kerugian yang ditanggung AS berpotensi menyamai atau bahkan melebihi kerugian Israel.Mengulas perkembangan serangan balas Iran, beliau berkata tindakan Tehran yang menyasarkan kepentingan AS di negara Arab turut memburukkan keadaan. Beliau merujuk kepada kenyataan tokoh Iran, Ali Larijani, yang membezakan antara Qatar sebagai negara sahabat dengan pangkalan tentera AS di negara itu, yang disifatkan sebagai ‘tanah AS’. “Pangkalan Amerika (Syarikat) di Qatar dianggap tanah Amerika Syarikat, begitu juga pangkalan di Bahrain. “Ini bermakna sebarang serangan terhadap pangkalan berkenaan memberi implikasi langsung kepada Amerika Syarikat dan membesarkan kerugian mereka,” katanya. Pada  masa sama, Abdelrahman berpendapat negara-negara kecil Arab dilihat cenderung mengikut keputusan AS dalam isu keselamatan dan geopolitik, biarpun melibatkan kepentingan serta kedaulatan sendiri. Beliau merujuk kepada isu pembunuhan berprofil tinggi yang pernah mencetuskan ketegangan diplomatik, apabila Riyadh dilaporkan mempunyai pelaburan kira-kira AS$7 bilion (RM31 billion ) di AS dan menyatakan hasrat untuk menarik balik pelaburan berkenaan. “Apabila Arab Saudi menyatakan mahu menarik pelaburan mereka, timbul reaksi daripada kepimpinan Amerika Syarikat ketika itu yang seolah-olah mempertikaikan tindakan berkenaan. “Bayangkan, itu pelaburan milik mereka sendiri. Mereka melabur dan mahu menarik semula, tetapi wujud tekanan. Ini menunjukkan bagaimana keputusan strategik akhirnya tetap tertakluk kepada pendirian Washington,” katanya. Beliau mendakwa situasi itu menggambarkan seolah-olah sesetengah negara Arab menyerahkan keputusan penting kepada Presiden AS, tanpa mengira siapa yang memegang jawatan itu, termasuk Donald Trump. Topic Berkaitan #konflik Asia Barat #Kementerian Luar #israel #Amerika Syarikat Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Penyelia asrama ditahan disyaki minta, terima rasuah RM78,000 16 minutes ago Malaysia Harga runcit RON97 naik 10 sen, diesel di Semenanjung naik 8 sen – MOF 47 minutes ago Malaysia Konflik Asia Barat: Israel 'mengkudakan' AS untuk capai agenda sendiri 1 hour ago Dunia Banyak ruang udara Asia Barat masih ditutup ketika konflik berterusan 1 hour ago Dunia 101 individu hilang selepas sebuah kapal perang Iran diserang berhampiran Sri Lanka 1 hour ago Malaysia Polis mula siasatan terhadap hantaran Facebook penceramah 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *