Bulgaria hantar tiga pesawat pindahkan rakyat dari Asia Barat | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Sukan Dua faktor tentukan masa depan Fernandes di United Dunia Bulgaria hantar tiga pesawat pindahkan rakyat dari Asia Barat Malaysia Angkatan Aeroangkasa IRGC Iran ikrar pertahan negara Advertisement Dunia Bulgaria hantar tiga pesawat pindahkan rakyat dari Asia Barat Bernama 05/03/2026 | 08:00 MYT Orang ramai yang terkandas di Dubai susulan konflik AS-Israel dengan Iran, tiba di Lapangan Terbang Varna, Varna, Bulgaria, 4 Mac 2026. REUTERS SOFIA: Bulgaria mengatur tiga penerbangan untuk memindahkan rakyatnya dari Dubai, Abu Dhabi dan Oman, menurut Kementerian Pengangkutan dan Komunikasi negara itu pada Rabu, lapor Xinhua.Sebuah pesawat dengan kapasiti 326 tempat duduk akan membawa rakyat Bulgaria dari Dubai ke Sofia pada Rabu, menurut kementerian itu. Senarai rakyat berkenaan sedang disediakan oleh Kementerian Luar.Advertisement Terdahulu pada Rabu, sebuah pesawat Boeing 737 berlepas dari Sofia menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Salalah di Oman. Pesawat itu dijangka kembali pada Khamis, kata kementerian itu sambil menambah bahawa pesawat ketiga dijadualkan terbang ke Abu Dhabi pada Rabu.Sekurang-kurangnya 11,400 rakyat Bulgaria berada di Asia Barat, menurut Kementerian Luar.Perdana Menteri sementara Bulgaria Andrey Gurov selepas mesyuarat operasi mengenai situasi di Asia Barat pada Selasa berkata pihak berkuasa Bulgaria memberi tumpuan untuk memindahkan rakyat negara itu dari wilayah yang terjejas akibat konflik secepat mungkin.“Kami telah menyediakan pesawat yang mencukupi dan bersedia untuk berlepas sebaik sahaja laluan penerbangan disahkan,” kata Gurov.– BERNAMA-XINHUA Topic Berkaitan #BULGARIA #Pemindahan Rakyat #konflik Asia Barat #Pesawat Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Sukan Dua faktor tentukan masa depan Fernandes di United 3 minutes ago Dunia Bulgaria hantar tiga pesawat pindahkan rakyat dari Asia Barat 13 minutes ago Malaysia Angkatan Aeroangkasa IRGC Iran ikrar pertahan negara 23 minutes ago Dunia Konflik Asia Barat: Senat AS tolak usaha hentikan operasi ketenteraan AS terhadap Iran 33 minutes ago Bisnes QatarEnergy isytihar force majeur terhadap bekalan LNG 43 minutes ago Bisnes Kementerian Ekonomi mahu adakan mesyuarat penyelarasan bersama Petronas, BNM, MoF 53 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Bulgaria hantar tiga pesawat pindahkan rakyat dari Asia Barat
