Konflik Asia Barat: Senat AS tolak usaha hentikan operasi ketenteraan AS terhadap Iran | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Pandu lebih 100km nak buka puasa Berita Lelaki berjalan bogel ditahan Politik Pas kekal tak mahu isu calon PM dibincang Advertisement Dunia Konflik Asia Barat: Senat AS tolak usaha hentikan operasi ketenteraan AS terhadap Iran Agensi 05/03/2026 | 07:40 MYT Usaha Demokrat untuk menghentikan tindakan ketenteraan pentadbiran Donald Trump terhadap Iran gagal apabila 47 menyokong usul dan 53 lagi menolak, sekali gus menunjukkan sokongan awal Republikan terhadap operasi ketenteraan yang semakin berkembang di Asia Barat tanpa strategi keluar yang jelas. – Gambar hiasan WASHINGTON: Senat Amerika Syarikat (AS) menolak usul untuk menghentikan operasi ketenteraan Presiden Donald Trump terhadap Iran selepas majoriti Senator Republikan mengundi menentangnya. Keputusan itu membolehkan tindakan ketenteraan diteruskan walaupun terdapat kebimbangan bahawa konflik semakin merebak di Asia Barat tanpa strategi keluar yang jelas.Advertisement Parti Demokrat sebelum ini mendesak agar sebarang tindakan lanjut memerlukan kelulusan Kongres, namun undian 47 menyokong dan 53 menolak menggagalkan usaha tersebut. Sementara itu, pentadbiran Trump menjangka operasi boleh berlarutan sehingga lapan minggu, dengan Iran masih berupaya melancarkan serangan balas.Usul tersebut, yang dibentangkan sebagai war powers resolution, bertujuan memastikan sebarang tindakan ketenteraan tambahan memerlukan kelulusan Kongres. Situasi tegang itu turut menyaksikan senator-senator Demokrat memenuhi dewan dan kekal berada di tempat duduk masing‑masing sewaktu undian berlangsung — satu simbol bahawa isu tersebut membawa implikasi besar terhadap anggota tentera Amerika Syarikat serta kestabilan rantau berkenaan.Ketua Minoriti Demokrat, Chuck Schumer sebelum ini menegaskan bahawa undian itu menentukan sama ada Kongres akan berpihak kepada rakyat yang semakin letih dengan konflik berpanjangan di Asia Barat atau menyokong keputusan Trump meneruskan tindakan ketenteraan tanpa mandat Kongres.Republikan bagaimanapun mempertahankan pendirian mereka dengan Senator John Barrasso menegaskan bahawa langkah Demokrat itu hanya akan melemahkan usaha memusnahkan keupayaan nuklear Iran. Republikan menegaskan, Presiden mempunyai kuasa yang mencukupi untuk bertindak bagi melindungi kepentingan keselamatan negara.Ketegangan memuncak selepas serangan mengejut Amerika Syarikat terhadap Iran pada Sabtu lalu, yang mendorong pentadbiran Trump untuk memberikan taklimat berkala kepada Kongres. Setiausaha Pertahanan, Pete Hegseth menjangkakan operasi ketenteraan tersebut mungkin berlarutan sehingga lapan minggu dan mengakui bahawa Iran masih berupaya melancarkan serangan peluru berpandu walaupun ruang udara negara itu sedang dikawal oleh AS. – Agensi Topic Berkaitan #Perang Iran-Israel 2026 #konflik Asia Barat #Senat AS #Operasi ketenteraan AS Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Pandu lebih 100km nak buka puasa 22 minutes ago Berita Lelaki berjalan bogel ditahan 32 minutes ago Politik Pas kekal tak mahu isu calon PM dibincang 42 minutes ago Sukan Newcastle benam ego United, lebur rekod bersih Carrick 52 minutes ago Sukan Dua faktor tentukan masa depan Fernandes di United 1 hour ago Dunia Bulgaria hantar tiga pesawat pindahkan rakyat dari Asia Barat 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Konflik Asia Barat: Senat AS tolak usaha hentikan operasi ketenteraan AS terhadap Iran
