Suami Ahli Parlimen UK antara tiga dituduh mengintip untuk China | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Pandu lebih 100km nak buka puasa Berita Lelaki berjalan bogel ditahan Politik Pas kekal tak mahu isu calon PM dibincang Advertisement Dunia Suami Ahli Parlimen UK antara tiga dituduh mengintip untuk China Agensi 05/03/2026 | 06:30 MYT David Taylor suami kepada Ahli Parlimen UK, Joani Reid antara yang ditahan polis Britain kerana disyaki mengintip untuk China. – Gambar Facebook LONDON: Polis Britain pada Rabu (4 Mac) menahan tiga lelaki atas syak wasangka mengintip untuk China, termasuk suami kepada seorang Ahli Parlimen daripada parti pemerintah pimpinan Perdana Menteri UK, Keir Starmer.Isu pengintipan China merupakan topik sensitif secara politik di Britain dan kes ini berpotensi menimbulkan kesulitan kepada Starmer, yang baru-baru ini melawat Beijing sebagai sebahagian daripada usaha menjalin semula hubungan dengan negara Asia itu.Advertisement Ketiga-tiga lelaki itu, berusia 39, 43 dan 68 tahun, ditahan oleh pegawai anti-keganasan di London dan Wales atas syak wasangka membantu perkhidmatan risikan asing, menurut polis Metropolitan London.“Saya tidak pernah melihat apa-apa yang membuatkan saya mengesyaki suami saya melanggar mana-mana undang-undang,” kata Ahli Parlimen Joani Reid selepas media UK melaporkan bahawa suaminya, David Taylor, adalah antara yang ditahan.“Saya tidak terlibat dalam aktiviti perniagaan suami saya dan saya serta anak-anak saya tidak terlibat dalam siasatan ini,” tambahnya. Ketiga-tiga lelaki itu masih dalam tahanan, dan penahanan tersebut dibuat ketika kebimbangan terhadap dakwaan pengintipan China di UK semakin meningkat.Starmer telah dikritik oleh ahli politik pembangkang, kumpulan hak asasi manusia dan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump kerana meluluskan pembinaan kedutaan besar China baharu di pusat London serta kerana melawat Beijing pada awal tahun ini.Pemimpin UK itu berulang kali mempertahankan lawatannya ke China – lawatan pertama oleh seorang Perdana Menteri Britain sejak 2018 – sebagai langkah penting untuk menjalin hubungan lebih rapat dengan ekonomi kedua terbesar dunia itu.Reid yang mewakili sebuah kawasan di Scotland dan merupakan ahli Jawatankuasa Pilihan Hal Ehwal Dalam Negeri Parlimen, mempertahankan dirinya daripada sebarang tuduhan bahawa beliau mempunyai hubungan rapat dengan Beijing.“Saya tidak pernah ke China,” katanya. “Saya tidak pernah berucap mengenai China atau isu berkaitan China di Dewan Rakyat. Saya tidak pernah bertanya soalan mengenai perkara berkaitan China.”Taylor, 39, disenaraikan sebagai seorang “pelobi” dalam senarai kepentingan berdaftar Reid. Menurut halaman LinkedIn beliau, Taylor bekerja untuk Asia House, sebuah badan pemikir.Terdahulu, Menteri Keselamatan, Dan Jarvis memberitahu Ahli Parlimen bahawa UK telah membuat bantahan diplomatik kepada China mengenai perkara itu.“Jika terdapat bukti kukuh percubaan oleh China untuk campur tangan dalam urusan kedaulatan UK, kami akan mengenakan tindakan tegas dan memastikan semua pihak yang terlibat dipertanggungjawabkan,” katanya.“Kami kekal amat bimbang tentang pola kegiatan sulit yang meningkat oleh aktor berkaitan negara China yang menyasarkan demokrasi UK,” tambah Jarvis.Speaker Dewan Rakyat memberitahu Ahli Parlimen bahawa suami Reid “tidak mempunyai pas untuk memasuki kawasan Parlimen.”Agensi risikan dalam negeri Britain, MI5, memberi amaran pada November bahawa China sedang cuba “membentuk hubungan” dengan individu yang mempunyai akses kepada maklumat sensitif mengenai parlimen dan kerajaan UK.Tahun lalu, prosiding undang-undang terhadap dua lelaki yang dituduh mengintip untuk China – salah seorang daripadanya penyelidik Parlimen – terbatal, mencetuskan perbalahan politik.Helen Flanagan, Ketua Counter Terrorism Policing London di Met berkata, pasukan itu telah melihat “peningkatan ketara” dalam kes berkaitan keselamatan negara sejak beberapa tahun kebelakangan ini.Ketua Parti Pembangkang Konservatif, Kemi Badenoch pula berkata: “Kerajaan perlu berhenti bersikap naif, bertegas dan menganggap China sebagai ancaman yang kita semua tahu ia adalah”.Jurucakap kedutaan China di London berkata, “sesetengah pihak di UK sentiasa berminat mereka-reka fakta dan mengada-adakan ‘kes pengintipan’ untuk memburukkan China.”“Kami menggesa pihak berkaitan di Britain menghentikan serta-merta manipulasi politik anti-China seperti ini.” – Agensi Topic Berkaitan #United Kingdom #suami Ahli Parlimen #intip China #Joani Reid #David Taylor Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Pandu lebih 100km nak buka puasa 23 minutes ago Berita Lelaki berjalan bogel ditahan 33 minutes ago Politik Pas kekal tak mahu isu calon PM dibincang 43 minutes ago Sukan Newcastle benam ego United, lebur rekod bersih Carrick 53 minutes ago Sukan Dua faktor tentukan masa depan Fernandes di United 1 hour ago Dunia Bulgaria hantar tiga pesawat pindahkan rakyat dari Asia Barat 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Suami Ahli Parlimen UK antara tiga dituduh mengintip untuk China
