Rakyat Malaysia dinasihat jadual semula perjalanan ke Algeria, Tunisia | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Bisnes Naratif destinasi baharu Langkawi dipersembah di ITB Berlin Malaysia Wisma Putra selaras usaha pemindahan rakyat Malaysia susulan konflik di Asia Barat Malaysia Tourism Kelantan meterai kontrak pelancongan RM2.3 juta dengan syarikat Jepun Advertisement Malaysia Rakyat Malaysia dinasihat jadual semula perjalanan ke Algeria, Tunisia Bernama 05/03/2026 | 19:30 MYT Rakyat Malaysia turut digesa supaya sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan terkini mengenai situasi di rantau berkenaan. – Gambar fail/Bernama KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia dinasihatkan supaya mengelakkan perjalanan tidak penting ke Algeria dan Tunisia susulan ketegangan serantau yang berterusan serta pengurangan ketara perkhidmatan penerbangan ke kedua-dua negara berkenaan.Kedutaan Besar Malaysia di Algiers memaklumkan rakyat Malaysia yang mempertimbangkan untuk melakukan perjalanan ke Algeria dan Tunisia supaya menjadualkan semula rancangan mereka sehingga keadaan bertambah baik dan perjalanan yang selamat dapat dipastikan.Advertisement “Langkah berjaga-jaga ini penting demi keselamatan dan kesejahteraan anda,” menurut kedutaan dalam kenyataan yang dikongsi di Facebook pada Khamis.Kedutaan Besar Malaysia di Algiers turut menggesa rakyat Malaysia yang masih belum mendaftarkan keberadaan mereka di Algeria dan Tunisia dengan kedutaan supaya memaklumkan perkara itu kepada perwakilan berkenaan dengan menghantar e-mel ke [email protected].“Ini membolehkan kami menyalurkan maklumat sekiranya berlaku sebarang kecemasan serta memberikan bantuan yang diperlukan sepanjang tempoh anda berada di sana,” menurut kedutaan itu.Rakyat Malaysia turut digesa supaya sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan terkini mengenai situasi di rantau berkenaan.“Adalah penting untuk sentiasa berhati-hati dan mengutamakan keselamatan anda pada setiap masa,” katanya.Menurut kedutaan itu, memandangkan konflik yang sedang berlaku dan menjejaskan Timur Tengah, pihaknya amat menekankan kepentingan menyemak nasihat perjalanan rasmi sebelum membuat sebarang pengaturan perjalanan.“Kami amat mengesyorkan agar mengelakkan semua perjalanan yang tidak penting ke negara yang terjejas sehingga keadaan kembali stabil dan lebih sesuai untuk perjalanan,” katanya.– BERNAMA Topic Berkaitan #rakyat #ALGERIA #perjalanan #facebook Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Bisnes Naratif destinasi baharu Langkawi dipersembah di ITB Berlin 3 minutes ago Malaysia Wisma Putra selaras usaha pemindahan rakyat Malaysia susulan konflik di Asia Barat 3 minutes ago Malaysia Tourism Kelantan meterai kontrak pelancongan RM2.3 juta dengan syarikat Jepun 33 minutes ago Bisnes Aktiviti buru saham harga rendah pacu Bursa Malaysia ditutup tinggi 33 minutes ago Malaysia Lim Guan Eng menang saman fitnah terhadap Zuraida dan dua lagi 1 hour ago Malaysia Ketegangan AS-Iran kekalkan harga minyak kukuh – MPOC 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Rakyat Malaysia dinasihat jadual semula perjalanan ke Algeria, Tunisia
