Inisiatif DEWI: KUSKOP lulus dana RM3 bilion, perkasa usahawan wanita

Inisiatif DEWI: KUSKOP lulus dana RM3 bilion, perkasa usahawan wanita | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Bisnes Naratif destinasi baharu Langkawi dipersembah di ITB Berlin Malaysia Wisma Putra selaras usaha pemindahan rakyat Malaysia susulan konflik di Asia Barat Malaysia Tourism Kelantan meterai kontrak pelancongan RM2.3 juta dengan syarikat Jepun Advertisement Bisnes Inisiatif DEWI: KUSKOP lulus dana RM3 bilion, perkasa usahawan wanita Faida Rahim 05/03/2026 | 18:41 MYT Steven Sim berucap Majlis Pelancaran TikTok Shop Bazar Raya 2026 di Putrajaya pada Khamis – Foto/ Astro AWANI PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mengumumkan pelancaran Inisiatif Dana Ekonomi Usahawan Wanita (DEWI) berjumlah hampir RM3 bilion bagi memperkasakan ekosistem Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) milik wanita di seluruh negara.Menterinya, Steven Sim Chee Keong menjelaskan, langkah ini diambil untuk menyatupadukan pelbagai program usahawan wanita yang sebelum ini bergerak secara berasingan.Advertisement “Kita mahu menggemblengkan sumber dan dana yang ada supaya lebih fokus. Melalui penyelarasan ini, kita bukan sahaja dapat menawarkan jumlah dana yang lebih besar, malah dapat memberikan manfaat dari segi latihan dan kemudahan lain secara lebih efektif kepada golongan sasar,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Pelancaran TikTok Shop Bazar Raya 2026 di Putrajaya pada Khamis.Beliau berkata, inisiatif ini juga merupakan manifestasi tekad kementerian dalam melahirkan lebih ramai ‘iron lady’ atau tokoh wanita kental dalam dunia perniagaan tempatan.Dalam pada itu, Inisiatif DEWI ini diumumkan khas menjelang sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2026 pada 8 Mac ini sebagai menghargai sumbangan besar usahawan wanita terhadap ekonomi negara.“Kami menyasarkan seramai 300,000 usahawan wanita bakal menerima manfaat melalui pembiayaan yang ditawarkan sehingga mencecah RM3 juta bagi setiap permohonan yang layak,” katanya.Mengulas lanjut, sebanyak empat agensi di bawah KUSKOP telah dipertanggungjawabkan sebagai agensi pelaksana bagi memastikan dana tersebut sampai kepada golongan sasar secara efektif.Agensi-agensi berkenaan ialah Bank Rakyat, SME Bank, TEKUN Nasional dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).“Inisiatif ini dirangka bagi menyediakan sokongan kewangan yang mampan, sekali gus membolehkan usahawan wanita mengembangkan skala perniagaan mereka ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya.  Topic Berkaitan #Inisiatif dewi #Steven Sim #bantuan usahawan #TikTok shop bazar raya Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Bisnes Naratif destinasi baharu Langkawi dipersembah di ITB Berlin 2 minutes ago Malaysia Wisma Putra selaras usaha pemindahan rakyat Malaysia susulan konflik di Asia Barat 2 minutes ago Malaysia Tourism Kelantan meterai kontrak pelancongan RM2.3 juta dengan syarikat Jepun 32 minutes ago Bisnes Aktiviti buru saham harga rendah pacu Bursa Malaysia ditutup tinggi 32 minutes ago Malaysia Lim Guan Eng menang saman fitnah terhadap Zuraida dan dua lagi 1 hour ago Malaysia Ketegangan AS-Iran kekalkan harga minyak kukuh – MPOC 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *