Naratif destinasi baharu Langkawi dipersembah di ITB Berlin

Naratif destinasi baharu Langkawi dipersembah di ITB Berlin | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Bisnes Naratif destinasi baharu Langkawi dipersembah di ITB Berlin Malaysia Wisma Putra selaras usaha pemindahan rakyat Malaysia susulan konflik di Asia Barat Malaysia Tourism Kelantan meterai kontrak pelancongan RM2.3 juta dengan syarikat Jepun Advertisement Bisnes Naratif destinasi baharu Langkawi dipersembah di ITB Berlin Malekah Aisyah 05/03/2026 | 21:00 MYT Pelancaran bahan promosi Naturally Langkawi di ITB Berlin 2026 menandakan naratif baharu destinasi Langkawi yang menampilkan keindahan alam, warisan serta komitmen kelestarian pulau tersebut kepada pasaran pelancongan global. – Gambar LADA KUALA LUMPUR: Langkawi terus memperkukuh kehadirannya di pentas pelancongan antarabangsa dengan memperkenalkan naratif destinasi yang diperbaharui pada ITB Berlin 2026 sekali gus menampilkan keunikan pulau itu dengan lebih jelas kepada dunia.Pendekatan baharu itu mengetengahkan kekayaan landskap semula jadi, warisan geologi serta komitmen terhadap kelestarian yang menjadi teras identiti Langkawi sebagai destinasi global.Advertisement Terletak di luar pesisir barat laut Malaysia dan terdiri daripada 99 pulau, Langkawi sejak sekian lama dikenali dengan keindahan alam semula jadi, biodiversiti serta warisan geologinya.Melalui naratif destinasi yang diperbaharui ini, Langkawi memperhalusi cara kekuatan tersebut diperkenalkan kepada khalayak antarabangsa. Image Wakil delegasi Langkawi memperkenalkan identiti estinasi yang diperbaharui kepada rakan industri pelancongan antarabangsa di ITB Berlin 2026 selari usaha memperkasa kedudukan Langkawi sebagai destinasi pelancongan alam semula jadi bertarafg dunia. – Foto LADA Pada 2025, Langkawi merekodkan 3.2 juta ketibaan pelawat sekali gus menjana RM8.3 bilion hasil berkaitan pelancongan.Dalam tempoh sama, pulau itu menerima 370,395 pelawat dari United Kingdom dan Eropah, sekali gus menegaskan kepentingan pasaran jarak jauh dalam landskap pelancongan Langkawi.Eropah kekal sebagai pasaran sumber utama, disokong minat yang semakin meningkat dari rantau baharu yang mencari pengalaman perjalanan lebih santai, tempoh penginapan lebih panjang serta itinerari yang kaya dengan pengalaman.Keunikan Langkawi terletak pada kepelbagaian pengalaman yang ditawarkan dalam satu destinasi. Daripada pengalaman mewah dan kesejahteraan, penginapan jangka panjang, gaya hidup bekerja jarak jauh hinggalah penerokaan bebas, pulau ini menyediakan pelbagai pilihan tanpa menjejaskan keaslian alam semula jadinya.Pengalaman pelancong turut diperkaya dengan kepelbagaian landskap semula jadi. Laluan hutan hujan merentasi kawasan tanah rendah sebelum menjulang ke kawasan lebih tinggi, manakala rangkaian hutan bakau menyediakan laluan tenang untuk diterokai menggunakan bot atau kayak.Pemandangan panorama di Langkawi SkyCab dan Langkawi Sky Bridge pula menawarkan pemandangan luas merentasi pulau dan lautan. Image Pembentangan mengenai keunikan landskap semula jadi dan pengalaman pelancongan Langkawi kepada pemain industri global sempena ITB Berlin 2026, platform penting untuk memperluas kerjasama serta meningkatkan keterlihatan destinasi itu di peringkat antarabangsa. – Foto LADA Pengiktirafan antarabangsa terhadap destinasi itu terus berkembang apabila Langkawi dinobatkan sebagai Pulau Kedua Terbaik di Asia dalam Condé Nast Traveler Readers’ Choice Awards 2025.Kisah destinasi Langkawi juga berkait rapat dengan sistem alam semula jadi serta sejarah geologinya. Perairan di sekeliling pulau menyokong kehidupan marin yang dipengaruhi ekosistem bakau dan terumbu karang, dengan kemunculan lumba-lumba sering direkodkan di sepanjang pesisir pantai.Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, peningkatan pendaratan penyu serta penampakan Bryde’s whale turut direkodkan, mencerminkan kesihatan persekitaran marin pulau tersebut.Di daratan pula, Langkawi menjadi habitat kepada lebih 200 spesies burung termasuk Oriental Pied Hornbill, Wreathed Hornbill dan spesies jarang ditemui, Great Hornbill.Di sebalik kepelbagaian biodiversiti ini, terdapat formasi batuan yang diiktiraf antara yang tertua di Asia Tenggara, dengan fosil purba yang mendedahkan sejarah geologi pulau itu sejak jutaan tahun lalu. Penyelidikan berterusan oleh saintis Malaysia turut menemui spesies baharu, mengangkat status Langkawi sebagai UNESCO Global Geopark.Seiring dengan pertumbuhan sektor pelancongan, pembangunan di Langkawi dipandu oleh prinsip pemuliharaan alam sekitar dan pembangunan berimpak rendah. Pendekatan ini merangkumi reka bentuk resort yang bertanggungjawab serta inisiatif berasaskan komuniti, selaras dengan jangkaan pelancong global yang semakin menitikberatkan destinasi berteraskan kelestarian.Di ITB Berlin, Langkawi turut berinteraksi dengan media antarabangsa, pemain industri pelancongan serta rakan strategik bagi meneroka kerjasama jangka panjang.Usaha itu bertujuan mengangkat penceritaan destinasi, meningkatkan keterlihatan global serta memastikan pertumbuhan pelancongan yang bertanggungjawab dan mampan pada masa hadapan. Topic Berkaitan #Naturally Langkawi #Pelancongan #lada #warisan Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Bisnes Naratif destinasi baharu Langkawi dipersembah di ITB Berlin 2 minutes ago Malaysia Wisma Putra selaras usaha pemindahan rakyat Malaysia susulan konflik di Asia Barat 2 minutes ago Malaysia Tourism Kelantan meterai kontrak pelancongan RM2.3 juta dengan syarikat Jepun 32 minutes ago Bisnes Aktiviti buru saham harga rendah pacu Bursa Malaysia ditutup tinggi 32 minutes ago Malaysia Lim Guan Eng menang saman fitnah terhadap Zuraida dan dua lagi 1 hour ago Malaysia Ketegangan AS-Iran kekalkan harga minyak kukuh – MPOC 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podc

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *