Lim Guan Eng menang saman fitnah terhadap Zuraida dan dua lagi | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Bisnes Naratif destinasi baharu Langkawi dipersembah di ITB Berlin Malaysia Wisma Putra selaras usaha pemindahan rakyat Malaysia susulan konflik di Asia Barat Malaysia Tourism Kelantan meterai kontrak pelancongan RM2.3 juta dengan syarikat Jepun Advertisement Malaysia Lim Guan Eng menang saman fitnah terhadap Zuraida dan dua lagi Bernama 05/03/2026 | 20:00 MYT Menerusi pernyataan tuntutannya, Lim berkata Zuraida telah mengeluarkan kenyataan palsu terhadapnya berkaitan projek perumahan untuk bekas pekerja ladang di Bestari Jaya, Selangor. – Gambar fail/Bernama SHAH ALAM: Penasihat DAP Lim Guan Eng hari ini berjaya dalam saman terhadap bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Zuraida Kamaruddin serta dua lagi selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan bahawa kenyataan yang dibuat terhadapnya adalah fitnah.Peguam Datuk Sankara Nair, yang mewakili Lim, berkata Pesuruhjaya Kehakiman Shoba Menon membenarkan saman difailkan bekas Menteri Kewangan itu selepas mendapati kesemua defendan gagal membuktikan pembelaan yang dikemukakan dalam kes berkenaan.Advertisement Beliau berkata mahkamah telah memerintahkan ketiga-tiga defendan membayar ganti rugi sebanyak RM50,000 kepada Lim. “Mahkamah turut mengarahkan kesemua defendan membayar kos sebanyak RM5,000 kepada plaintif,” menurutnya dalam kenyataan di sini.Nair berkata mahkamah telah mengeluarkan perintah injunksi bagi melarang ketiga-tiga defendan daripada terus menerbitkan atau menyebarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap Lim.Pada prosiding hari ini, Lim diwakili peguam Maniggandan Gopalan manakala ketiga-tiga defendan diwakili peguam Nizamuddin Hamid.Pada 7 Jun 2024, Lim memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Shah Alam dengan menamakan Zuraida, editor MalaysiaNow Muhammad Abd Ar-Rahman Koya dan MNow Media Sdn Bhd sebagai defendan.Menerusi pernyataan tuntutannya, Lim berkata Zuraida telah mengeluarkan kenyataan palsu terhadapnya berkaitan projek perumahan untuk bekas pekerja ladang di Bestari Jaya, Selangor.– BERNAMA Topic Berkaitan #Mahkamah Tinggi #saman fitnah #peguam #injuksi Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Bisnes Naratif destinasi baharu Langkawi dipersembah di ITB Berlin 2 minutes ago Malaysia Wisma Putra selaras usaha pemindahan rakyat Malaysia susulan konflik di Asia Barat 2 minutes ago Malaysia Tourism Kelantan meterai kontrak pelancongan RM2.3 juta dengan syarikat Jepun 32 minutes ago Bisnes Aktiviti buru saham harga rendah pacu Bursa Malaysia ditutup tinggi 32 minutes ago Malaysia Lim Guan Eng menang saman fitnah terhadap Zuraida dan dua lagi 1 hour ago Malaysia Ketegangan AS-Iran kekalkan harga minyak kukuh – MPOC 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Lim Guan Eng menang saman fitnah terhadap Zuraida dan dua lagi
