All England 2026: Satu slot separuh akhir milik Malaysia | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Bisnes 1,325 peniaga tidak berdaftar SST sepanjang 2024 hingga Januari 2026 – MOF Bisnes Ringgit dibuka hampir mendatar didorong sentimen berhati-hati dalam pasaran pertukaran asing Sukan Gara-gara dahi ofsaid, gol pembukaan Crystal Palace dibatalkan pengadil Advertisement Sukan All England 2026: Satu slot separuh akhir milik Malaysia Sinar Harian 06/03/2026 | 08:15 MYT Aaron Chia-Soh Wooi Yik dijangka menjadi sandaran utama ke Sukan SEA Thailand hujung tahun ini sekiranya BAM menetapkan sasaran memburu pingat emas. – Foto Sinar Harian MALAYSIA sudah mengesahkan sekurang-kurangnya satu slot ke pusingan separuh akhir Kejohanan Badminton Seluruh England 2026.Kejayaan itu hadir selepas beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik bakal berentap sesama sendiri menentang rakan senegara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun dalam aksi suku akhir di Birmingham pada Jumaat.Advertisement Pada aksi pusingan kedua di Utilita Arena Birmingham itu, Aaron-Wooi Yik yang juga pilihan kedua kejohanan terpaksa bermandi peluh sebelum menundukkan cabaran sengit rakan senegara, Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King.Wei Chong-Kai Wun pula menempah tiket ke kelompok lapan terbaik selepas menyingkirkan beregu Taiwan, Chiu Hsiang Chieh-Wang Chi-Lin, 21-14, 21-18.Turut mara ke suku akhir ialah pasangan beregu wanita nombor satu negara yang juga pilihan kedua kejohanan, Pearly Tan-M Thinaah yang berjaya menewaskan wakil Korea Selatan, Lee Seo Jin-Lee Yeon Woo, 21-14, 21-14 dalam aksi selama 43 minit.Menanti Pearly-Thinaah dalam perebutan tiket ke separuh akhir ialah gandingan Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma-Meilysa Trias Puspitasari.Dalam pada itu, langkah beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dan juara remaja dunia 2024, Kang Khai Xing-Aaron Tai terhenti di pusingan kedua.Sze Fei-Izzuddin terpaksa akur tewas 21-23, 16-21 kepada gandingan Indonesia, Muhammad Rian Ardianto-Rahmat Hidayat.Khai Xing-Aaron Tai pula memberikan tentangan sengit sebelum tewas 19-21, 17-21 di tangan beregu China, Chen Bo Yang-Liu Yi.Turut terkandas ialah perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao serta pasangan suami isteri, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie yang tewas kepada lawan masing-masing.Jun Hao tumbang 9-21, 13-21 kepada bintang Jepun, Koki Watanabe, manakala Soon Huat-Shevon disingkirkan oleh pilihan kedua dari China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin, 16-21, 18-21. – Sinar Harian Topic Berkaitan #All England #Aaron Chia-Soh Wooi Yik #Man Wei Chong-Tee Kai Wun #Pearly Tan-M Thinaah Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Bisnes 1,325 peniaga tidak berdaftar SST sepanjang 2024 hingga Januari 2026 – MOF 1 minute ago Bisnes Ringgit dibuka hampir mendatar didorong sentimen berhati-hati dalam pasaran pertukaran asing 11 minutes ago Sukan Gara-gara dahi ofsaid, gol pembukaan Crystal Palace dibatalkan pengadil 21 minutes ago Dunia Sekumpulan remaja bersenjata ditahan di Festival Moomba, Melbourne 31 minutes ago Sukan Gagal ke final, Malaysian Tigress kempunan ke Piala Dunia 41 minutes ago Dunia Trump dakwa Iran sedang "dimusnahkan" ketika serangan di Teluk terus memuncak 51 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
All England 2026: Satu slot separuh akhir milik Malaysia
