Sekumpulan remaja bersenjata ditahan di Festival Moomba, Melbourne

Sekumpulan remaja bersenjata ditahan di Festival Moomba, Melbourne | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Bisnes 1,325 peniaga tidak berdaftar SST sepanjang 2024 hingga Januari 2026 – MOF Bisnes Ringgit dibuka hampir mendatar didorong sentimen berhati-hati dalam pasaran pertukaran asing Sukan Gara-gara dahi ofsaid, gol pembukaan Crystal Palace dibatalkan pengadil Advertisement Dunia Sekumpulan remaja bersenjata ditahan di Festival Moomba, Melbourne Astro AWANI 06/03/2026 | 09:40 MYT Pemeriksaan mendapati kumpulan itu membawa pelbagai senjata berbahaya, termasuk dua parang, pisau pemotong daging, pisau ukir, pisau lipat, serta ‘knuckle duster’. – Gambar hiasan MELBOURNE: Polis Australia menahan sekumpulan remaja bersenjata pada malam pertama Festival Moomba, sekali gus dipercayai menggagalkan satu insiden serius di kawasan tumpuan ramai itu.Menurut polis, kejadian bermula kira‑kira jam 9.15 malam apabila pegawai keselamatan festival mengesan seorang remaja lelaki membawa pisau di kawasan acara.Advertisement Pasukan keselamatan segera memaklumkan pihak polis, yang kemudian menjejaki sekumpulan lapan remaja di kawasan Southbank sebelum menahan mereka berhampiran St Kilda Road.Pemeriksaan mendapati kumpulan itu membawa pelbagai senjata berbahaya, termasuk dua parang, pisau pemotong daging, pisau ukir, pisau lipat, serta ‘knuckle duster’.Polis juga merampas balaklava, sarung tangan dan sejumlah dadah daripada kumpulan tersebut.Dua remaja berusia 16 dan 17 tahun ditahan untuk soal siasat, dan seorang daripada mereka telah didakwa atas kesalahan memiliki senjata larangan.Dia akan dibawa ke mahkamah kanak‑kanak pada tarikh yang ditetapkan.Polis percaya tindakan pantas pihak keselamatan dan rondaan polis telah menghalang keganasan serius di festival yang menarik ribuan pengunjung setiap tahun itu.   Topic Berkaitan #remaja bersenjata #Festival Moomba #Dadah #keselamatan Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Bisnes 1,325 peniaga tidak berdaftar SST sepanjang 2024 hingga Januari 2026 – MOF 1 minute ago Bisnes Ringgit dibuka hampir mendatar didorong sentimen berhati-hati dalam pasaran pertukaran asing 11 minutes ago Sukan Gara-gara dahi ofsaid, gol pembukaan Crystal Palace dibatalkan pengadil 21 minutes ago Dunia Sekumpulan remaja bersenjata ditahan di Festival Moomba, Melbourne 31 minutes ago Sukan Gagal ke final, Malaysian Tigress kempunan ke Piala Dunia 41 minutes ago Dunia Trump dakwa Iran sedang "dimusnahkan" ketika serangan di Teluk terus memuncak 51 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *