Gara-gara dahi ofsaid, gol pembukaan Crystal Palace dibatalkan pengadil | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Bisnes 1,325 peniaga tidak berdaftar SST sepanjang 2024 hingga Januari 2026 – MOF Bisnes Ringgit dibuka hampir mendatar didorong sentimen berhati-hati dalam pasaran pertukaran asing Sukan Gara-gara dahi ofsaid, gol pembukaan Crystal Palace dibatalkan pengadil Advertisement Sukan Gara-gara dahi ofsaid, gol pembukaan Crystal Palace dibatalkan pengadil Sinar Harian 06/03/2026 | 09:50 MYT VAR mengesahkan Ismaila Sarr berada dalam keadaan ofsaid dan membatalkan gol pembukaan Palace. – Foto Sinar Harian SEBAHAGIAN peminat Liga Perdana Inggeris (EPL) menyifatkan Crystal Palace telah ‘dirompak’ ketika menentang Tottenham Hotspur selepas jaringan Ismaila Sarr dibatalkan berpunca daripada kedudukan ofsaid yang sangat tipis.Dalam insiden tersebut, penjaga garisan pada mulanya tidak mengangkat bendera sebelum percubaan terbias Sarr melepasi penjaga gol, Guglielmo Vicario dan menerjah gawang.Advertisement Namun, selepas semakan Video Bantuan Pengadil (VAR), jaringan pembukaan Sarr di Stadium Tottenham Hotspur itu dibatalkan. Ulang tayang memaparkan hanya bahagian dahi pemain itu yang melepasi pertahanan terakhir Spurs, Micky van de Ven.Premier League Match Centre menerusi platform X menjelaskan VAR telah menyemak keputusan pengadil berhubung gol tersebut dan mendapati Sarr berada dalam kedudukan ofsaid, seterusnya mengesyorkan agar jaringan itu dibatalkan.Bagaimanapun, bekas penjaga gol Spurs yang bertindak sebagai pengulas bersama di saluran TNT Sports, Joe Hart meluahkan rasa tidak puas hati.”Semuanya nampak tidak kena. Inikah keputusan yang kita mahu guna pakai? Mukanya yang ofsaid?Pengulas utama, Sam Matterface pula menambah: “Oliver Glasner berkata hidungnya yang ofsaid. Bercakap tentang perbezaan margin yang sangat kecil. Ofsaid gara-gara hidung,” katanya.Sarr pada awalnya tidak meraikan jaringan tersebut kerana seakan-akan menyedari betapa tipisnya kedudukan itu. Namun, keputusan ofsaid tersebut mencetuskan perdebatan di media sosial.Dalam aksi separuh masa pertama yang penuh dramatik itu, Spurs terlebih dahulu membuka tirai jaringan tidak lama kemudian menerusi Dominic Solanke.Namun, kesilapan mula memakan diri apabila Van de Ven dilayangkan kad merah kerana menghadiahkan sepakan penalti selepas menarik baju Sarr, lima minit selepas gol Solanke.Pemain sayap Senegal itu tampil tenang menyempurnakan sepakan penalti untuk menyamakan kedudukan buat Palace.Derita skuad kendalian Igor Tudor itu semakin bertambah parah apabila Jorgen Strand Larsen meletakkan Palace di hadapan 2-1 ketika menentang 10 pemain Spurs pada minit kedua masa kecederaan separuh masa pertama.Sebelum rehat, Sarr meledak gol keduanya untuk terus membunuh sisa perjuangan tuan rumah. – Sinar Harian Topic Berkaitan #Ismaila Sarr #VAR #dahi ofsaid #Crystal Palace Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Bisnes 1,325 peniaga tidak berdaftar SST sepanjang 2024 hingga Januari 2026 – MOF 2 minutes ago Bisnes Ringgit dibuka hampir mendatar didorong sentimen berhati-hati dalam pasaran pertukaran asing 11 minutes ago Sukan Gara-gara dahi ofsaid, gol pembukaan Crystal Palace dibatalkan pengadil 22 minutes ago Dunia Sekumpulan remaja bersenjata ditahan di Festival Moomba, Melbourne 32 minutes ago Sukan Gagal ke final, Malaysian Tigress kempunan ke Piala Dunia 42 minutes ago Dunia Trump dakwa Iran sedang "dimusnahkan" ketika serangan di Teluk terus memuncak 51 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Gara-gara dahi ofsaid, gol pembukaan Crystal Palace dibatalkan pengadil
