Tentera Ecuador temui ‘narco-sub’ sepanjang 35 meter dalam hutan simpan | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Bisnes 1,325 peniaga tidak berdaftar SST sepanjang 2024 hingga Januari 2026 – MOF Bisnes Ringgit dibuka hampir mendatar didorong sentimen berhati-hati dalam pasaran pertukaran asing Sukan Gara-gara dahi ofsaid, gol pembukaan Crystal Palace dibatalkan pengadil Advertisement Dunia Tentera Ecuador temui ‘narco-sub’ sepanjang 35 meter dalam hutan simpan Astro AWANI 06/03/2026 | 09:10 MYT Kapal separa tenggelam itu ditemui sarat dengan 22,700 liter bahan api, dipercayai bersedia untuk perjalanan penyeludupan dadah jarak jauh. – Foto Kementerian Pertahanan Ecuador QUITO: Pasukan tentera Ecuador merampas sebuah ‘narco-submarine’ sepanjang 35 meter yang disembunyikan di dalam hutan simpan berhampiran sempadan negara itu dengan Colombia.Kapal separa tenggelam itu ditemui sarat dengan 22,700 liter bahan api, dipercayai bersedia untuk perjalanan penyeludupan dadah jarak jauh.Advertisement Menurut Kementerian Pertahanan Ecuador, ia ditemui dalam kawasan paya bakau di Hutan Simpan Cayapas–Mataje, bersama sebuah kem yang digunakan sebagai pusat logistik sindiket penyeludupan.Turut dirampas enam bot laju, tujuh enjin sangkut dan puluhan tong bahan api.Ketika operasi dijalankan, tentera dilaporkan ditembak oleh individu bersenjata, namun pihak berkuasa tidak menyebut sebarang tangkapan atau rampasan dadah.Penemuan besar ini berlaku sejurus selepas Presiden Daniel Noboa mengumumkan “fasa baharu” dalam perang menentang kartel dadah.Ecuador, yang berada di antara Colombia dan Peru, dua pengeluar kokain terbesar dunia, kini menjadi laluan penting penyeludupan dadah menuju ke AS, Eropah dan Australia.Pihak berkuasa juga mengesahkan bahawa Noboa sedang meningkatkan kerjasama keselamatan dengan pentadbiran AS.Awal minggu ini, beliau mengadakan perbincangan keselamatan dengan Komander Markas Pemerintahan Selatan Amerika Syarikat (AS), Jeneral Francis Donovan, di Quito.Namun, tiada penglibatan tentera AS dilaporkan dalam operasi yang menemukan narco-sub tersebut.Dalam perkembangan berkaitan, AS meneruskan operasi maritim agresif melalui ‘Operation Southern Spear’, yang sejak September telah melancarkan puluhan serangan ke atas bot yang disyaki membawa dadah di Pasifik dan Caribbean, tindakan yang mengakibatkan lebih 150 kematian setakat ini. Topic Berkaitan #Kapal separa tenggelam #hutan simpan #kartel dadah #sindiket penyeludupan Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Bisnes 1,325 peniaga tidak berdaftar SST sepanjang 2024 hingga Januari 2026 – MOF 1 minute ago Bisnes Ringgit dibuka hampir mendatar didorong sentimen berhati-hati dalam pasaran pertukaran asing 11 minutes ago Sukan Gara-gara dahi ofsaid, gol pembukaan Crystal Palace dibatalkan pengadil 21 minutes ago Dunia Sekumpulan remaja bersenjata ditahan di Festival Moomba, Melbourne 31 minutes ago Sukan Gagal ke final, Malaysian Tigress kempunan ke Piala Dunia 41 minutes ago Dunia Trump dakwa Iran sedang "dimusnahkan" ketika serangan di Teluk terus memuncak 51 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Tentera Ecuador temui ‘narco-sub’ sepanjang 35 meter dalam hutan simpan
