Pendirian Malaysia kutuk serangan AS-Israel selari prinsip diplomasi – Ahli akademik | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Anwar bincang krisis Asia Barat dengan Erdogan, seru semua pihak tahan diri Bisnes Malaysia Airlines tambah penerbangan ke London, Paris bantu penumpang terjejas Malaysia UMNO ajak bekas ahli dipecat, digantung yang berminat sertai semula parti Advertisement Malaysia Pendirian Malaysia kutuk serangan AS-Israel selari prinsip diplomasi – Ahli akademik Astro AWANI 06/03/2026 | 08:20 MYT Mohd Afandi (gambar) berkata serangan ke atas Iran tidak memenuhi syarat ‘penggunaan kekerasan terhadap negara lain’ dan menimbulkan persoalan dari sudut keabsahan undang‑undang antarabangsa. REUTERS KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia menegaskan pendiriannya mengutuk serangan ketenteraan Amerika Syarikat dan Israel terhadap Iran, dengan menekankan bahawa tindakan itu melanggar undang‑undang antarabangsa dan mencabar prinsip asas kedaulatan negara.Pensyarah Fakulti Undang‑Undang dan Hubungan Antarabangsa, Universiti Sultan Zainal Abidin, Prof Dr Mohd Afandi Salleh berkata pendirian tegas yang disuarakan Perdana Menteri di Dewan Rakyat selari dengan prinsip diplomasi dan peraturan antarabangsa.Advertisement Menurut beliau, kecaman bipartisan di Parlimen terhadap tindakan tersebut menunjukkan Malaysia bersatu mempertahankan norma asas sistem antarabangsa, khususnya penghormatan terhadap integriti wilayah negara berdaulat.”Larangan penggunaan kekerasan terhadap negara lain merupakan asas utama Piagam Pertubuhan Bangsa‑Bangsa Bersatu (PBB) melalui Artikel 2(4). “Penggunaan kekerasan hanya dibenarkan bagi tujuan mempertahankan diri atau melalui mandat Majlis Keselamatan PBB di bawah Bab VII,” katanya dalam satu kenyataan semalam.Mohd Afandi berkata serangan ke atas Iran tidak memenuhi syarat tersebut dan menimbulkan persoalan dari sudut keabsahan undang‑undang antarabangsa.Menurutnya, tindakan unilateral tanpa mandat boleh dikategorikan sebagai tindakan kekerasan yang bertentangan dengan Piagam PBB.Beliau menarik perhatian kepada definisi ‘crime of aggression’ di bawah Statut Mahkamah Jenayah Antarabangsa, yang merujuk kepada pencerobohan terhadap kedaulatan negara lain.”Sejarah selepas Perang Dunia Kedua termasuk perbicaraan Nuremberg turut menilai tindakan agresi sebagai kesalahan paling serius dalam undang‑undang antarabangsa,” kata beliau yang juga aktif sebagai aktivis kemanusiaan .Mohd Afandi turut mengingatkan bahawa tindakan ketenteraan unilateral seperti pencerobohan Iraq pada 2003 menunjukkan bagaimana ketiadaan mandat antarabangsa boleh membawa ketidakstabilan jangka panjang di rantau Asia Barat.Beliau berkata pendirian Malaysia adalah signifikan kerana menegaskan keperluan menyelesaikan konflik melalui diplomasi dan undang‑undang antarabangsa, sejajar dengan kepentingan Malaysia dalam mengekalkan keamanan serantau dan global.Dalam kenyataannya, beliau menyimpulkan bahawa kecaman kerajaan dan Parlimen Malaysia terhadap serangan tersebut menunjukkan komitmen negara mempertahankan keadilan dan kedaulatan, serta memastikan keamanan antarabangsa terus berasaskan undang‑undang dan bukan kekuatan ketenteraan. Topic Berkaitan #Iran #Serangan AS-Israel #undang-undang antarabangsa #konflik Asia Barat Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Anwar bincang krisis Asia Barat dengan Erdogan, seru semua pihak tahan diri 19 minutes ago Bisnes Malaysia Airlines tambah penerbangan ke London, Paris bantu penumpang terjejas 24 minutes ago Malaysia UMNO ajak bekas ahli dipecat, digantung yang berminat sertai semula parti 28 minutes ago Dunia Arab Saudi pintas tiga peluru berpandu balistik sasar Pangkalan Udara Prince Sultan 38 minutes ago Dunia Angka korban serangan Israel di Lubnan meningkat kepada 123 orang 49 minutes ago Bisnes 1,325 peniaga tidak berdaftar SST sepanjang 2024 hingga Januari 2026 – MOF 59 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Pendirian Malaysia kutuk serangan AS-Israel selari prinsip diplomasi – Ahli akademik
