Gagal ke final, Malaysian Tigress kempunan ke Piala Dunia | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Anwar bincang krisis Asia Barat dengan Erdogan, seru semua pihak tahan diri Bisnes Malaysia Airlines tambah penerbangan ke London, Paris bantu penumpang terjejas Malaysia UMNO ajak bekas ahli dipecat, digantung yang berminat sertai semula parti Advertisement Sukan Gagal ke final, Malaysian Tigress kempunan ke Piala Dunia Bernama 06/03/2026 | 09:30 MYT – Foto Konfederasi Hoki Malaysia KUALA LUMPUR: Skuad hoki wanita negara gagal ke separuh akhir kelayakan Piala Dunia 2026, sekali gus menutup peluang ke final selepas dikecewakan Jepun 0-4 pada aksi ketiga Kumpulan B di Santiago, Chile, awal pagi tadi.Keputusan itu menyaksikan skuad wanita negara yang diberi julukan Malaysian Tigress kempunan untuk beraksi pada saingan akhir Piala Dunia 2026 di Belgium dan Belanda dari 14 hingga 30 Ogos depan.Advertisement Pada saingan yang berlangsung di Estadio Nacional itu, menyaksikan Jepun membuka tirai jaringan pada suku ketiga perlawanan menerusi gol padang yang disudahi Shiho Kobayakawa pada minit ke-39, sebelum menggandakan kedudukan pada minit ke-45 untuk meletakkan pasukan lawan di hadapan.Pasukan lawan sekali lagi menghukum Malaysian Tigress dengan jaringan ketiga menerusi Hiroka Murayama tiga minit kemudian, sebelum melengkapkan kemenangan dengan gol keempat yang disudahi Akari Nakagomi pada minit ke-55. Menerusi video dikongsi Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Ketua Jurulatih Pasukan Hoki Wanita Mohd Nasihin Nubli Ibrahim berkata kegagalan mengawal tekanan menjadi asbab pasukan kendaliannya dibolosi pada perlawanan hari ini selain beberapa kesilapan kecil memudahkan pasukan lawan menjaringkan gol. “Pemain beraksi dengan baik pada suku masa pertama dan berdisiplin, pasukan Jepun agak sukar menembusi bahagian pertahanan kita, namun pada separuh masa kedua pemain berdepan tekanan tinggi.“Pemain muda memerlukan lebih banyak perlawanan antarabangsa. Beberapa kesilapan membolehkan pasukan lawan menjaringkan gol. Pada perlawanan penentuan kelima dan kelapan nanti kita akan kembali lebih kuat dan pastikan kita dapat tempat kelima atau keenam,” katanya. Keputusan itu menyaksikan skuad Malaysian Tigress dijadualkan beraksi bagi penentuan tempat kelima atau kelapan dan akan berdepan pasukan yang menghuni kedudukan keempat dalam Kumpulan A.Hanya tiga pasukan terbaik setiap kempen kelayakan dan pasukan keempat terbaik yang memiliki ranking dunia lebih tinggi daripada kedua-dua pusingan kelayakan akan mara ke saingan akhir.Satu lagi saingan kelayakan Piala Dunia 2026 berlangsung di Hyderabad, India.– BERNAMA Topic Berkaitan #hoki #kelayakan Piala Dunia #Malaysian Tigress #Jepun Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Anwar bincang krisis Asia Barat dengan Erdogan, seru semua pihak tahan diri 13 minutes ago Bisnes Malaysia Airlines tambah penerbangan ke London, Paris bantu penumpang terjejas 18 minutes ago Malaysia UMNO ajak bekas ahli dipecat, digantung yang berminat sertai semula parti 22 minutes ago Dunia Arab Saudi pintas tiga peluru berpandu balistik sasar Pangkalan Udara Prince Sultan 32 minutes ago Dunia Angka korban serangan Israel di Lubnan meningkat kepada 123 orang 43 minutes ago Bisnes 1,325 peniaga tidak berdaftar SST sepanjang 2024 hingga Januari 2026 – MOF 53 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Gagal ke final, Malaysian Tigress kempunan ke Piala Dunia
