Perhimpunan rumah ibadat di Pulau Pinang tidak diteruskan – Polis | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Polis siasat video tular MPV ambil bungkusan di restoran mamak Sukan Apa seterusnya untuk FAM selepas keputusan CAS dalam isu pemalsuan dokumen? Dunia WHO henti operasi di hab logistik utama Dubai kerana ancaman keselamatan Advertisement Malaysia Perhimpunan rumah ibadat di Pulau Pinang tidak diteruskan – Polis Bernama 06/03/2026 | 20:00 MYT Azizie berkata polis akan terus memantau situasi berkenaan khususnya di kawasan Bukit Mertajam bagi memastikan keadaan kekal aman dan terkawal. – Gambar fail/Bernama BUKIT MERTAJAM: Penganjuran perhimpunan mengenai sebuah rumah ibadat kecil berhampiran sebuah hospital di Pulau Pinang yang dirancang diadakan esok tidak akan diteruskan.Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail berkata perkara itu diputuskan susulan perbincangan hari ini antara polis diketuai Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Helmi Aris bersama penganjur perhimpunan serta pengurusan rumah ibadah yang terlibat.Advertisement “Hasil perbincangan tersebut, kedua-dua pihak telah mencapai permuafakatan dan bersetuju supaya perhimpunan berkenaan tidak diteruskan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.Sehubungan itu, orang ramai dinasihati supaya tidak hadir, berkumpul atau terlibat dalam sebarang bentuk perhimpunan di lokasi tersebut atau di mana-mana lokasi lain kerana tindakan sedemikian boleh menimbulkan provokasi yang berpotensi mengganggu keharmonian serta menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam.Beliau berkata kawasan hospital merupakan premis penting bagi perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat setempat dan sebarang aktiviti yang boleh menjejaskan ketenteraman di kawasan itu perlu dielakkan.Azizie berkata polis akan terus memantau situasi berkenaan khususnya di kawasan Bukit Mertajam bagi memastikan keadaan kekal aman dan terkawal.Mengenai perarakan keagamaan melibatkan kuil berkenaan yang turut dijadualkan esok, beliau menasihatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi peraturan serta arahan lalu lintas yang dikuatkuasakan pihak polis selain menjaga keselamatan harta benda awam.“Orang ramai juga diingatkan supaya tidak membuat sebarang kenyataan berbentuk provokasi yang boleh mencetuskan ketegangan kaum,” katanya.Beliau berkata pihak polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang melakukan perbuatan melanggar undang-undang.– BERNAMA Topic Berkaitan #perhimpunan #rumah ibadat #PDRM #undang-undang Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Polis siasat video tular MPV ambil bungkusan di restoran mamak 7 minutes ago Sukan Apa seterusnya untuk FAM selepas keputusan CAS dalam isu pemalsuan dokumen? 22 minutes ago Dunia WHO henti operasi di hab logistik utama Dubai kerana ancaman keselamatan 22 minutes ago Politik PH Johor tubuh Johor hadapi PRN, PRU 37 minutes ago Bisnes BNM: Rizab antarabangsa berjumlah US$128.3 bilion setakat 27 Feb, 2026 52 minutes ago Malaysia Loke gesa tindakan segera isu banjir kilat PLUS 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Perhimpunan rumah ibadat di Pulau Pinang tidak diteruskan – Polis
