Ledakan video perang palsu berasaskan AI bangkit di tengah konflik Iran | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Politik Samsuri nafi terlibat ‘Langkah Bangkok’ Politik Hasrat Khairy sertai agenda Rumah Bangsa beri sinar baharu kepada UMNO – Reezal Merican Malaysia Teksi rentas sempadan Singapura dijangka perlu guna sistem penjejakan seperti ERP2 di Johor Advertisement Dunia Ledakan video perang palsu berasaskan AI bangkit di tengah konflik Iran Astro AWANI 07/03/2026 | 10:20 MYT Imej palsu yang kononnya menunjukkan letupan besar di sebuah pangkalan AS di Iraq ini telah dimanipulasi menggunakan AI, berasaskan gambar sebenar yang hanya memaparkan kepulan asap yang jauh lebih kecil. – Foto X GELOMBANG kandungan palsu berasaskan kecerdasan buatan (AI) meningkat dengan mendadak sepanjang konflik AS–Israel dengan Iran, apabila pencipta kandungan dalam talian mengejar tontonan tinggi untuk menjana pendapatan.Pakar memberitahu BBC Verify bahawa video manipulasi, imej satelit rekaan dan klip serangan perang yang “meyakinkan tetapi tidak sahih” kini tersebar lebih pantas berbanding kemampuan platform untuk menanganinya.Advertisement Rakaman palsu tersebut dihimpunkan semula, dikitar semula, atau dihasilkan sepenuhnya oleh AI telah meraih ratusan juta tontonan di pelbagai platform.Menurut Timothy Graham dari Queensland University of Technology, apa yang dulu memerlukan studio produksi kini boleh dibuat “dalam beberapa minit”.Beliau menyifatkan situasi ini sebagai “amat membimbangkan”.Platform X mengumumkan tindakan sementara: pencipta kandungan boleh digantung daripada program monetisasi jika menyiarkan video konflik yang dihasilkan AI tanpa label.Langkah ini diambil kerana semakin ramai pengguna yang memuat naik video AI semata-mata untuk mengejar jumlah tontonan.TikTok dan Meta tidak memberikan sebarang maklum balas sama ada mereka merancang langkah serupa.Antara video palsu yang tular termasuk rakaman kononnya menunjukkan Tel Aviv dibom serta klip AI Burj Khalifa terbakar, kedua-duanya dikongsikan puluhan juta kali ketika orang ramai panik dengan serangan dron dan peluru berpandu sebenar di rantau Teluk.Dalam banyak kes, pengguna cuba menyemak kesahihan video menggunakan chatbot AI seperti Grok, tetapi alat itu sendiri turut tersilap mengesahkan video yang sebenarnya palsu.BBC Verify turut mengesan peningkatan penggunaan imej satelit rekaan, termasuk contoh yang dikongsi akhbar The Tehran Times yang menunjukkan “kerosakan besar” ke atas pangkalan tentera laut AS di Bahrain.Imej itu dikenal pasti sebagai hasil manipulasi AI berasaskan gambar asal pada 2025, walaupun dipersembahkan sebagai rakaman baharu.Pakar AI generatif Henry Ajder berkata, jumlah peralatan AI yang kini boleh menghasilkan imej dan video hiperrealistik “tidak pernah berlaku sebelum ini”.Menurut pihak X, majoriti akaun yang memuat naik video AI palsu melakukannya untuk mengaut keuntungan daripada program pembayaran platform.Sesetengah pakar menggelarkan fenomena ini sebagai “kilang maklumat palsu automatik” kerana proses mencipta kandungan, mengedarkan dan mengaut pendapatan hampir sepenuhnya boleh dilakukan oleh AI.Victoire Rio, pengarah What To Fix, menjelaskan bahawa rangkaian penyebaran kini boleh dijalankan secara automatik, menjadikan dunia digital dibanjiri video rekaan yang menyerupai rakaman sebenar.Walaupun syarikat teknologi berjanji memperketat pengesanan, pakar berpendapat masalahnya lebih mendalam. Menurut Graham, selagi platform bergantung kepada model “lebih banyak tontonan, lebih banyak bayaran”, maklumat sahih akan sentiasa tewas kepada kandungan sensasi, termasuk yang dihasilkan AI. Topic Berkaitan #konflik Asia Barat #AI #Video Palsu #Perang Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Politik Samsuri nafi terlibat ‘Langkah Bangkok’ 12 minutes ago Politik Hasrat Khairy sertai agenda Rumah Bangsa beri sinar baharu kepada UMNO – Reezal Merican 22 minutes ago Malaysia Teksi rentas sempadan Singapura dijangka perlu guna sistem penjejakan seperti ERP2 di Johor 42 minutes ago Dunia Ledakan video perang palsu berasaskan AI bangkit di tengah konflik Iran 52 minutes ago Politik Khairy Jamaluddin sedia kembali ke pangkuan UMNO 1 hour ago Malaysia Perubahan jadual laluan Putrajaya pada 7 hingga 8 Mac – Rapid Rail 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Ledakan video perang palsu berasaskan AI bangkit di tengah konflik Iran
