Teksi rentas sempadan Singapura dijangka perlu guna sistem penjejakan seperti ERP2 di Johor | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Politik Samsuri nafi terlibat ‘Langkah Bangkok’ Politik Hasrat Khairy sertai agenda Rumah Bangsa beri sinar baharu kepada UMNO – Reezal Merican Malaysia Teksi rentas sempadan Singapura dijangka perlu guna sistem penjejakan seperti ERP2 di Johor Advertisement Malaysia Teksi rentas sempadan Singapura dijangka perlu guna sistem penjejakan seperti ERP2 di Johor Bernama 07/03/2026 | 10:30 MYT Mohamad Fazli berkata pendekatan itu sekali gus akan memudahkan Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk membuat sebarang pemantauan. – Foto BERNAMA ISKANDAR PUTERI: Teksi rentas sempadan dari Singapura dijangka turut dikehendaki memasang sistem penjejakan lokasi di negeri ini bagi mengesan pergerakan serta memastikan penumpang diambil dan diturunkan di lokasi ditetapkan.Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata langkah itu selari dengan ketetapan Singapura yang mewajibkan teksi rentas sempadan Malaysia memasang penjejakan lokasi menerusi sistem Electronic Road Pricing (ERP) 2 untuk tujuan sama.Advertisement “Malaysia dijangka melaksanakan langkah yang sama, tetapi sekurang-kurangnya (pendekatan) tersebut adalah setara, cuma berkaitan harga (pemasangan) masih dalam perbincangan,” katanya kepada Bernama di pejabatnya di Kota Iskandar, baru-baru ini.Beliau berkata pendekatan itu sekali gus akan memudahkan Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk membuat sebarang pemantauan.Pemangku Menteri Pengangkutan Singapura Jeffrey Siow sebelum ini dilaporkan berkata teksi Malaysia yang beroperasi di Singapura diwajibkan untuk memasang “on board unit” (OBU) bagi ERP2 sebelum pelaksanaan penuhnya pada 1 Jan 2027.Selain itu, Mohamad Fazli berkata Kerajaan Negeri Johor mencadangkan 12 lokasi tumpuan bagi menurunkan penumpang teksi rentas sempadan dari republik itu ke negeri ini.Beliau berkata lokasi terbabit ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, JB Sentral, Medini, South Key, Mount Austin, Eco Botanic serta enam pusat beli-belah termasuk Johor Premium Outlets (JPO).“Tempat turunkan penumpang ini adalah lokasi yang kerajaan negeri anggap sebagai lokasi tumpuan. Sebab, bila sebut teksi dari Singapura, boleh jadi pelancong asing yang turun di Lapangan Terbang Changi (Singapura) hendak terus ke Johor dengan teksi,” katanya.Beliau berkata teksi rentas sempadan dari negeri ini pula difahamkan boleh menurunkan penumpang di lima lokasi di Singapura iaitu Lapangan Terbang Changi, Kranji, Jurong, Shenton Way dan Rochor.Bagaimanapun Mohamad Fazli berkata setakat ini, beliau difahamkan kadar tambang teksi rentas sempadan masih belum dibincangkan.Ketika ini pemandu teksi rentas sempadan dari negara ini dibenarkan mengambil dan menurunkan penumpang di Terminal Jalan Ban San, Singapura manakala pemandu dari republik itu pula di Terminal Larkin Sentral, di sini.Kadar tambang perjalanan sehala dari lokasi pengambilan yang telah ditetapkan iaitu Terminal Larkin Sentral-Terminal Jalan Ban San ialah RM120, manakala dari Terminal Jalan Ban San-Terminal Larkin Sentral sebanyak SGD60.Inisiatif terbaharu itu turut mendapat perhatian pemandu teksi dari kedua-dua negara yang menyambut baik dengan jangkaan pertambahan jumlah perjalanan, namun mereka turut menyuarakan harapan agar kadar tambang diselaraskan semula secara adil. Pada 5 Dis lepas, Malaysia dan Singapura bersetuju membenarkan teksi asing menurunkan penumpang di mana-mana lokasi di luar negara asal mereka, manakala pengambilan penumpang kekal terhad di lokasi ditetapkan, yang akan ditambah secara berperingkat bagi mengelakkan operasi titik-ke-titik domestik.Bagi menyokong penguatkuasaan terhadap perjalanan domestik tidak sah, teksi berlesen mesti mudah dikenal pasti melalui warna korporat, plat kenderaan kalis usik dengan awalan dan bingkai khas, serta diwajibkan memasang unit ERP2 Singapura untuk kemasukan ķe negara itu.Bagaimanapun, kedua-dua negara setakat ini tidak memaklumkan mengenai jangkaan inisiatif tersebut akan dikuatkuasakan termasuk pertambahan kuota daripada 200 kepada 500 teksi rentas sempadan.– BERNAMA Topic Berkaitan #Teksi #Rentas Sempadan #Singapura #sistem penjejakan Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Politik Samsuri nafi terlibat ‘Langkah Bangkok’ 12 minutes ago Politik Hasrat Khairy sertai agenda Rumah Bangsa beri sinar baharu kepada UMNO – Reezal Merican 22 minutes ago Malaysia Teksi rentas sempadan Singapura dijangka perlu guna sistem penjejakan seperti ERP2 di Johor 42 minutes ago Dunia Ledakan video perang palsu berasaskan AI bangkit di tengah konflik Iran 52 minutes ago Politik Khairy Jamaluddin sedia kembali ke pangkuan UMNO 1 hour ago Malaysia Perubahan jadual laluan Putrajaya pada 7 hingga 8 Mac – Rapid Rail 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Teksi rentas sempadan Singapura dijangka perlu guna sistem penjejakan seperti ERP2 di Johor
