MCMC teliti pelbagai kaedah pengesahan umur had 16 tahun untuk media sosial – Teo

MCMC teliti pelbagai kaedah pengesahan umur had 16 tahun untuk media sosial – Teo | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Konflik Asia Barat: 649 Rakyat Malaysia masih terkandas – Wisma Putra Dunia Gelombang baharu letupan kedengaran di Tehran, ibu negara Iran Dunia Israel terus tutup kompleks Masjid Al-Aqsa lapan hari berturut-turut Advertisement Malaysia MCMC teliti pelbagai kaedah pengesahan umur had 16 tahun untuk media sosial – Teo Bernama 07/03/2026 | 22:11 MYT Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata MCMC ketika ini telah mengadakan sesi libat urus dengan penyedia perkhidmatan media sosial seperti Meta, Google dan TikTok bagi menentukan kaedah bersesuaian. – Foto BERNAMA KULAI: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) meneliti pelbagai kaedah pengesahan umur sebelum pelaksanaan had usia 16 tahun bagi penggunaan media sosial dikuatkuasakan pada suku kedua tahun ini.Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata MCMC ketika ini telah mengadakan sesi libat urus dengan penyedia perkhidmatan media sosial seperti Meta, Google dan TikTok bagi menentukan kaedah bersesuaian.Advertisement Beliau berkata proses berkenaan dijalankan bersama dengan platform media sosial terlibat melalui regulatory sandbox atau medan uji.”Di Malaysia kita memang ada (kaedah pengesahan umur seperti) kad pengenalan, pasport serta MyDigital ID.”Tetapi, pada masa sama, MCMC turut terbuka untuk menerima atau mempertimbangkan kaedah lain untuk pengesahan umur,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Serahan Sumbangan Masjid dan Surau Parlimen Kulai Sempena Ramadan, di sini hari ini.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan terkini berhubung perkara itu.Kerajaan dilaporkan menyasarkan setiap platform media sosial melaksanakan pengesahan identiti pengguna secara digital (eKYC) menjelang akhir suku kedua 2026, bagi menguatkuasakan had umur minimum 16 tahun untuk pembukaan akaun.Sementara Indonesia bakal menjadi negara bukan Barat pertama yang melarang akses kepada platform digital berisiko tinggi bagi kanak-kanak di bawah umur 16 tahun bermula pada 28 Mac ini.Terdahulu, Teo yang juga Ahli Parlimen Kulai berkata sebanyak RM93,000 peruntukan sumbangan disalurkan kepada 30 masjid dan 57 surau di kawasannya bersempena dengan Ramadan tahun ini.– BERNAMA  Topic Berkaitan #MCMC #MEDIA SOSIAL #Teo Nie Ching #had umur Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Konflik Asia Barat: 649 Rakyat Malaysia masih terkandas – Wisma Putra 10 minutes ago Dunia Gelombang baharu letupan kedengaran di Tehran, ibu negara Iran 15 minutes ago Dunia Israel terus tutup kompleks Masjid Al-Aqsa lapan hari berturut-turut 25 minutes ago Malaysia "The Pocket Rocketman" rangkul emas keirin pada piala dunia di Australia 55 minutes ago Malaysia Warga emas terperangkap dua hari dalam perigi sebelum diselamatkan 1 hour ago Malaysia MCMC teliti pelbagai kaedah pengesahan umur had 16 tahun untuk media sosial – Teo 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *