Warga emas terperangkap dua hari dalam perigi sebelum diselamatkan | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Konflik Asia Barat: 649 Rakyat Malaysia masih terkandas – Wisma Putra Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Dunia Gelombang baharu letupan kedengaran di Tehran, ibu negara Iran Advertisement Malaysia Warga emas terperangkap dua hari dalam perigi sebelum diselamatkan Astro AWANI 07/03/2026 | 22:24 MYT Seorang lelaki warga emas nyaris maut selepas terjatuh ke dalam perigi di Jalan Telok Air Tawar sejak dua hari lepas sebelum berjaya diselamatkan orang awam yang menyedari terdapat mangsa di dalam perigi itu. – Foto JBPM/via Sinar Harian BUTTERWORTH: Seorang lelaki warga emas nyaris maut selepas terjatuh ke dalam perigi di Jalan Telok Air Tawar di sini sejak dua hari lepas sebelum berjaya diselamatkan orang awam yang menyedari terdapat mangsa di dalam perigi itu.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata mangsa berusia 63 tahun dipercayai terjatuh ke dalam perigi dengan anggaran kedalaman lima meter.Advertisement “Pihak bomba menerima panggilan kecemasan memaklumkan kejadian itu pada 5.29 petang tadi dan mendapati mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba di tempat kejadian.”Mangsa mengalami kecederaan ringan dan keletihan akibat berada dalam perigi selama dua hari. Dia telah diberikan rawatan awal di lokasi kejadian sebelum dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan malam ini.Beliau berkata warga emas itu merupakan gelandangan serta dipercayai hendak mandi sebelum terjatuh ke dalam perigi tersebut, namun bernasib baik kerana ketika itu air hanya di paras dada.Dalam perkembangan berasingan, John berkata bomba sedang giat memadam kebakaran hutan melibatkan kawasan bukit seluas 12,141 meter persegi di belakang Surin Residence, Solok Tanjung Bungah, George Town. Beliau berkata panggilan kecemasan diterima pada 3.59 petang tadi sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Jermal ke lokasi kebakaran yang terletak kira-kira dua kilometer dari kaki bukit.“Lokasi kebakaran tidak ada laluan kenderaan, jadi pihak bomba terpaksa mendaki ke kawasan tersebut dengan membawa peralatan pemadaman,” katanya. Beliau memaklumkan tiada mangsa dilaporkan terlibat dan hingga 7.12 malam tadi api berjaya dikawal, namun usaha pemadaman masih diteruskan dengan unit dron bomba turut bersiap sedia bagi membantu pemantauan dari udara sekiranya diperlukan.– BERNAMA Topic Berkaitan #warga emas #terperangkap #Jalan Telok Air Tawar #diselamatkan Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Konflik Asia Barat: 649 Rakyat Malaysia masih terkandas – Wisma Putra 33 minutes ago Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 34 minutes ago Dunia Gelombang baharu letupan kedengaran di Tehran, ibu negara Iran 38 minutes ago Dunia Israel terus tutup kompleks Masjid Al-Aqsa lapan hari berturut-turut 48 minutes ago Malaysia "The Pocket Rocketman" rangkul emas keirin pada piala dunia di Australia 1 hour ago Malaysia Warga emas terperangkap dua hari dalam perigi sebelum diselamatkan 2 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Warga emas terperangkap dua hari dalam perigi sebelum diselamatkan
