Rumah Bangsa: Tiada syarat kembali, UMNO amal 'forgive and forget' | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Jemaah Menteri zahir penghargaan kepada wanita Malaysia Politik Rumah Bangsa: Tiada syarat kembali, UMNO amal 'forgive and forget' Malaysia Kerajaan lulus RM45.6 juta bagi pembangunan kilang padi MADA Advertisement Politik Rumah Bangsa: Tiada syarat kembali, UMNO amal 'forgive and forget' Bernama 08/03/2026 | 11:30 MYT Ahmad Maslan berkata inisiatif tersebut merupakan idea murni sebagai wadah penyatuan bagi mengukuhkan perjuangan parti dan bangsa Melayu dalam UMNO. – Foto fail/BERNAMA PONTIAN: Inisiatif Rumah Bangsa oleh UMNO tidak mengenakan sebarang syarat kerana ia berteraskan konsep “forgive and forget” (memaafkan dan melupakan) bagi memperkukuh perpaduan dalam parti serta perjuangan bangsa Melayu.Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata inisiatif tersebut merupakan idea murni sebagai wadah penyatuan bagi mengukuhkan perjuangan parti dan bangsa Melayu dalam UMNO.Advertisement “Kita tidak mengenakan apa-apa syarat. Tidak ada sesiapa perlu memohon maaf kepada sesiapa. Kita mahu forgive and forget. Kalau kita hendak ungkit, memang banyak perkara boleh diungkit, tetapi apabila kita terus mengungkit, akhirnya tiada siapa yang akan mahu kembali,” katanya kepada Bernama di sini, malam tadi. Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Rumah Bangsa menjelaskan keputusan untuk kembali menyertai UMNO bergantung sepenuhnya kepada individu berkenaan memandangkan parti itu kini membuka pintu seluas-luasnya kepada bekas ahli yang dipecat, digantung atau telah meninggalkan perjuangan sebelum ini.“Siapa yang mahu masuk, masuklah. Kalau tidak mahu, tidak mengapa. Kita sudah menyatakan bahawa pendekatan ini tanpa syarat seperti yang disebut oleh Presiden UMNO,” katanya.Jumaat lepas, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata UMNO membuka pintu seluas-luasnya kepada mana-mana bekas ahli yang pernah dipecat dan digantung keahlian untuk kembali ke parti itu tanpa syarat.Ahmad turut mengimbau peristiwa pada 1996 apabila Parti Melayu Semangat 46 dibubarkan oleh Tengku Razaleigh Hamzah dan semua ahlinya diterima masuk semula ke dalam UMNO secara en bloc (keseluruhan) tanpa syarat.Beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian itu berkata inisiatif Rumah Bangsa selari dengan semangat Ramadan yang menekankan nilai kemaafan demi kepentingan perjuangan yang lebih besar.“Barangkali mereka (bekas ahli) juga sudah menyedari kesilapan masing-masing. Jadi duri yang dahulu tajam itu mungkin kini sudah tidak lagi berduri. Kita mahu melupakan segala yang lalu demi memperkukuh perjuangan parti,” katanya.– BERNAMA Topic Berkaitan #Rumah Bangsa #Ahmad Maslan #UMNO #tiada syarat Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Dunia Dua anggota keselamatan sempadan Kuwait terbunuh ketika bertugas 24 minutes ago Malaysia Jemaah Menteri zahir penghargaan kepada wanita Malaysia 33 minutes ago Politik Rumah Bangsa: Tiada syarat kembali, UMNO amal 'forgive and forget' 44 minutes ago Malaysia Kerajaan lulus RM45.6 juta bagi pembangunan kilang padi MADA 53 minutes ago Malaysia Pencarian MH370 di selatan Lautan Hindi masih tiada petunjuk 1 hour ago Dunia Misi laut dalam dedah spesies baharu, terumbu ‘tidak terjejas’ di kepulauan Caribbean 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Rumah Bangsa: Tiada syarat kembali, UMNO amal 'forgive and forget'
