Misi laut dalam dedah spesies baharu, terumbu ‘tidak terjejas’ di kepulauan Caribbean | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Jemaah Menteri zahir penghargaan kepada wanita Malaysia Politik Rumah Bangsa: Tiada syarat kembali, UMNO amal 'forgive and forget' Malaysia Kerajaan lulus RM45.6 juta bagi pembangunan kilang padi MADA Advertisement Dunia Misi laut dalam dedah spesies baharu, terumbu ‘tidak terjejas’ di kepulauan Caribbean Astro AWANI 08/03/2026 | 11:00 MYT Rakaman menunjukkan tebing gunung bawah laut Pickle Bank, dipenuhi karang kuning, biru dan jingga, antara terumbu paling sihat di rantau Caribbean. – Foto CEFAS CARIBBEAN: Sebuah ekspedisi saintifik selama enam minggu di perairan sekitar Kepulauan Cayman, Anguilla dan Turks & Caicos telah merungkai dunia laut dalam yang sebelum ini tidak pernah diterokai.Ini termasuk banjaran gunung bawah laut, sebuah “blue hole” gergasi, terumbu karang yang kekal sihat, serta pelbagai hidupan laut yang tidak pernah direkodkan.Advertisement Ekspedisi anjuran UK Centre for Environment, Fisheries and Aquaculture Science (CEFAS) itu merakam imej sehingga kedalaman 6,000 meter, menggunakan kamera tekanan tinggi dan sonar untuk memetakan kawasan yang sebelum ini hanya digambarkan melalui peta lama yang penuh kekurangan.Saintis merekodkan hampir 14,000 spesimen meliputi 290 jenis hidupan laut, termasuk belut pelikan berekor merah jambu yang berkilau, ikan barreleye bermata tiub, dan dragonfish dengan rod cahaya di bawah dagu.Mereka turut menemui seekor timun laut yang belum dikenal pasti.Rakaman turut menunjukkan tebing gunung bawah laut Pickle Bank, dipenuhi karang kuning, biru dan jingga, antara terumbu paling sihat di rantau Caribbean, dipercayai terlindung daripada pemanasan laut kerana kedudukannya yang dalam dan curam.Pasukan penyelidik turut menemui:Blue hole sedalam 550 meter, berdiameter 300 meter, berpotensi menjadi yang terdalam di CaribbeanKarang hitam berusia ribuan tahunTerumbu baharu sepanjang 4km berhampiran AnguillaBiasanya, tiada hidupan di dalam ‘blue hole’, tetapi kamera merakam span, landak laut dan pelbagai spesies ikan yang hidup di dalamnya.Lebih 90 peratus spesies unik milik wilayah luar Britain ditemui di kawasan ini, menjadikan penemuan terbaharu sangat penting untuk usaha perlindungan.Saintis menegaskan ia satu peluang untuk melindungi ekosistem yang masih “relatif tidak terusik” daripada ancaman perubahan iklim dan pencemaran.Eksperimen ini juga menyokong komitmen UK di bawah PBB untuk melindungi 30 peratus lautan dunia menjelang 2030. Topic Berkaitan #Kepulauan Cayman #ekspedisi saintifik #Terumbu Karang #hidupan laut Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Dunia Dua anggota keselamatan sempadan Kuwait terbunuh ketika bertugas 24 minutes ago Malaysia Jemaah Menteri zahir penghargaan kepada wanita Malaysia 34 minutes ago Politik Rumah Bangsa: Tiada syarat kembali, UMNO amal 'forgive and forget' 45 minutes ago Malaysia Kerajaan lulus RM45.6 juta bagi pembangunan kilang padi MADA 54 minutes ago Malaysia Pencarian MH370 di selatan Lautan Hindi masih tiada petunjuk 1 hour ago Dunia Misi laut dalam dedah spesies baharu, terumbu ‘tidak terjejas’ di kepulauan Caribbean 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Misi laut dalam dedah spesies baharu, terumbu ‘tidak terjejas’ di kepulauan Caribbean
