Kerajaan lulus RM45.6 juta bagi pembangunan kilang padi MADA | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Wanita nadi kekuatan keluarga, penggerak kemajuan negara – PM Anwar Malaysia Penglibatan wanita kini keperluan strategik, bukan lagi pilihan – MASA Dunia Letupan gegar kedutaan AS di Oslo, tiada kecederaan dilaporkan Advertisement Malaysia Kerajaan lulus RM45.6 juta bagi pembangunan kilang padi MADA Bernama 08/03/2026 | 11:20 MYT Mohamad Sabu ketika berucap pada Majlis Penyampaian Skim Takaful Tanaman Padi (STTP). – Foto BERNAMA JERLUN: Kerajaan meluluskan peruntukan RM45.6 juta bagi pembangunan kilang padi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) sebagai inisiatif membantu memperkukuh sektor padi dan beras negara.Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata kilang yang akan dibina di Megat Dewa dekat sini, menunjukkan komitmen kerajaan dalam memastikan rantaian pengeluaran yang lebih tersusun dan berdaya saing.Advertisement “Kilang baharu itu dapat memastikan proses pengumpulan, pemprosesan dan penghasilan beras dilaksanakan secara cekap, meningkatkan nilai tambah hasil padi serta memberi manfaat lebih besar kepada peladang, khususnya mengurangkan kebergantungan kepada orang tengah,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan Skim Takaful Tanaman Padi (STTP) dan Perjumpaan Bersama Pemimpin Peladang di Kawasan MADA di sini malam tadi.Turut hadir Pengerusi MADA Datuk Dr Ismail Salleh serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Agrobank Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin.Dalam pada itu, Mohamad berkata bagi 2026, MADA menyasarkan purata hasil padi sebanyak 6.1 tan sehektar melalui pemodenan pengurusan sawah, penambahbaikan infrastruktur pengairan dan saliran serta pengoptimuman penggunaan input pertanian.“Seiring dengan itu, kementerian kini sangat menekankan usaha meningkatkan Kadar Sara Diri (SSR) beras daripada 52.6 peratus bagi Malaysia dan 58.3 peratus (Semenanjung) kepada 70 peratus menjelang 2030 sebagai langkah strategik memperkukuh keterjaminan makanan negara.“Kementerian juga akan melaksanakan pendekatan 3M, iaitu membina, menaik taraf dan menyelenggara melalui Pelan Induk Pengukuhan Infrastruktur Pertanian 2026-2040 yang akan menumpukan perhatian khusus kepada subsektor padi bagi menangani isu infrastruktur uzur selain memperkukuh sistem sokongan pengeluaran,” katanya.Beliau berkata bagi tahun ini, kementerian akan menumpukan kepada penyelenggaraan sistem pengairan dan saliran di 14 kawasan jelapang serta 13 kawasan luar jelapang dengan sasaran 2,000 kilometer (km) tali air, selain penaiktarafan 1,346 km jalan pertanian bagi memastikan kelancaran pengeluaran dan logistik sektor pertanian.“Keseluruhan hala tuju tahun ini tertumpu kepada usaha memastikan sektor pertanian dan agromakanan negara kekal berdaulat, berdaya tahan dan mampu menghadapi ketidaktentuan masa hadapan,” katanya.– BERNAMA Topic Berkaitan #Mohamad Sabu #mada #kilang padi #PERTANIAN Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Wanita nadi kekuatan keluarga, penggerak kemajuan negara – PM Anwar few seconds ago Malaysia Penglibatan wanita kini keperluan strategik, bukan lagi pilihan – MASA 14 minutes ago Dunia Letupan gegar kedutaan AS di Oslo, tiada kecederaan dilaporkan 30 minutes ago Dunia Konflik Asia Barat: Empat maut, 10 cedera dalam serangan Israel ke atas hotel di Beirut 45 minutes ago Hiburan “Salah satu rezeki terbesar dalam hidup…” – Afgan kenang momen bersama Vidi Aldiano 1 hour ago Malaysia Permohonan pendidikan percuma 10,000 penuntut IPTA masih dibuka – Adam Adli 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Kerajaan lulus RM45.6 juta bagi pembangunan kilang padi MADA
