Konflik Asia Barat: Kerajaan sedia hadapi impak ekonomi – Tengku Zafrul

Konflik Asia Barat: Kerajaan sedia hadapi impak ekonomi – Tengku Zafrul | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Malaysia Diplomasi 'tenang' PM Anwar lindungi kepentingan Malaysia – PKR Dunia Majlis Pakar Iran bakal umum pemimpin tertinggi Advertisement Bisnes Konflik Asia Barat: Kerajaan sedia hadapi impak ekonomi – Tengku Zafrul Bernama 08/03/2026 | 22:45 MYT Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata kenaikan harga minyak dunia bukan sesuatu yang luar biasa memandangkan harga komoditi itu pernah mencecah USD100 setong sebelum ini. – Foto BERNAMA KUALA LUMPUR: Kerajaan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan melibatkan kedudukan ekonomi negara, termasuk impak terhadap subsidi petrol susulan konflik yang berlaku di Asia Barat. Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata kenaikan harga minyak dunia bukan sesuatu yang luar biasa memandangkan harga komoditi itu pernah mencecah USD100 setong sebelum ini.Advertisement Beliau bagaimanapun memberikan jaminan Kementerian Kewangan dan Kementerian Ekonomi telah membuat persediaan bagi menghadapi pelbagai kemungkinan berkaitan perkembangan berkenaan.Ketegangan geopolitik di Asia Barat sememangnya memberikan kesan kepada banyak negara termasuk Malaysia, justeru kerajaan memantau perkembangan itu secara berterusan.“Kita mengikuti perkembangan yang berlaku setiap jam, setiap minit. Dalam masa sama, kerajaan perlu memastikan tiga perkara, iaitu memberikan fokus kepada program yang sedang dilaksanakan kerana asas ekonomi negara masih kukuh, seperti ditunjukkan melalui pertumbuhan ekonomi.“Kita juga perlu memastikan pertumbuhan ekonomi itu dapat dirasai rakyat menerusi peningkatan pelaburan dan prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang baik,” katanya kepada Bernama pada Program Raikan Kasih Ramadan bersama anak yatim dan asnaf, di sini hari ini.Tengku Zafrul berkata sebagai sebuah negara neutral yang mengamalkan dasar ekonomi terbuka, Malaysia juga perlu memastikan hubungan serantau dengan negara lain terus terpelihara termasuk negara di Asia Barat.Sementara itu, beliau yang juga Penasihat Yayasan TZA menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kepercayaan melantiknya sebagai Penasihat Kanan Politik.Beliau berkata pelantikan yang berkuat kuasa Khamis lepas itu, memberikan ruang kepadanya mengadakan pertemuan dengan pegawai di Jabatan Perdana Menteri pada Jumaat bagi membincangkan peranan yang akan dilaksanakan.“Fokus saya ketika ini adalah membantu kerajaan dari segi politik serta isu yang relevan kepada kerajaan, khususnya isu rakyat dan ekonomi,” katanya.Terdahulu, Tengku Zafrul menyantuni 155 anak yatim dan asnaf membeli baju raya dan seterusnya menyampaikan duit raya serta sumbangan kepada Rumah Kasih Nurul Hashanah, dan Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim & Asnaf Qaseh Ibu.– BERNAMA Topic Berkaitan #konflik Asia Barat #impak ekonomi #Zafrul Abdul Aziz #subsidi petrol Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 46 minutes ago Malaysia Diplomasi 'tenang' PM Anwar lindungi kepentingan Malaysia – PKR 1 hour ago Dunia Majlis Pakar Iran bakal umum pemimpin tertinggi 1 hour ago Malaysia Bas ekspres terbabas di Skudai, 10 penumpang cedera 1 hour ago Dunia Gempa 6.0 magnitud gegar pesisir pantai timur laut Jepun, tiada amaran tsunami dikeluarkan 1 hour ago Dunia Konflik Asia Barat: Serangan misil semakin sengit, mangsa awam meningkat 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *