Majlis Pakar Iran bakal umum pemimpin tertinggi

Majlis Pakar Iran bakal umum pemimpin tertinggi | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Malaysia Diplomasi 'tenang' PM Anwar lindungi kepentingan Malaysia – PKR Dunia Majlis Pakar Iran bakal umum pemimpin tertinggi Advertisement Dunia Majlis Pakar Iran bakal umum pemimpin tertinggi Agensi 08/03/2026 | 23:45 MYT Anggota Majlis Pakar, Ayatollah Mohammad‑Mahdi Mirbagheri, berkata keputusan itu dibuat hasil mesyuarat tanpa henti di tengah konflik Asia Barat yang semakin memuncak. -Gambar fail MAJLIS Pakar dijangka membuat keputusan untuk menamakan pemimpin tertinggi Iran yang baru menggantikan Ayatollah Ali Khamanei.Anggota Majlis Pakar, Ayatollah Mohammad‑Mahdi Mirbagheri, berkata keputusan itu dibuat hasil mesyuarat tanpa henti di tengah konflik Asia Barat yang semakin memuncak.Advertisement “Ahli‑ahli terhormat Majlis Pakar telah berusaha menentukan kepimpinan baru dan tidak mengecewakan; pendapat yang tegas dan majoriti jelas telah terbentuk,” katanya melalui rakaman video yang disiarkan di laman X, Fars News, hari ini.Keputusan itu dibuat bagi menggantikan Khamenei, 86, yang terkorban dalam serangan Amerika Syarikat-Israel di Teheran pada 28 Februari lalu.Kini jawatan tersebut disandang oleh Majlis Kepimpinan Sementara Iran melibatkan tiga anggota iaitu Presiden, Masoud Pezeshkian; Ketua Hakim Gholah-Hossein Mohseni-Eje’i dan Ayatollah Alireza Arafi.Majlis Pakar, yang terdiri daripada 88 anggota pakar agama dan dipilih melalui pilihan raya umum di Iran, bertanggungjawab memilih, memantau, dan menilai prestasi Pemimpin Tertinggi serta mempunyai kuasa mencadangkan pengganti sekiranya seorang pemimpin tidak lagi mampu menjalankan tugasnya.Untuk rekod, ini merupakan mesyuarat Majlis Pakar kali kedua sejak penubuhannya pada 1979 selepas Revolusi Islam Iran. Mesyuarat pertama diadakan pada 1989 untuk memilih Khamenei menggantikan Ruhollah Musavi Khomeini.Namun begitu, media antarabangsa menjangkakan jawatan paling berkuasa di Republik Islam itu akan diberikan kepada anak Khamenei, Mojtaba Khamenei.Jawatan tersebut menjadi tumpuan kerana memiliki kuasa melantik atau menyingkirkan pegawai tertinggi negara, termasuk Ketua Kehakiman, panglima tentera, dan Pengawal Revolusi Islam.Pada masa sama, pemegang jawatan itu juga memantau dasar luar negara yang menentukan hala tuju Iran. Topic Berkaitan #Ayatollah Ali Khamanei #Pemimpin Agung Iran #Ayatollah Alireza Arafi #konflik Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 47 minutes ago Malaysia Diplomasi 'tenang' PM Anwar lindungi kepentingan Malaysia – PKR 1 hour ago Dunia Majlis Pakar Iran bakal umum pemimpin tertinggi 1 hour ago Malaysia Bas ekspres terbabas di Skudai, 10 penumpang cedera 1 hour ago Dunia Gempa 6.0 magnitud gegar pesisir pantai timur laut Jepun, tiada amaran tsunami dikeluarkan 1 hour ago Dunia Konflik Asia Barat: Serangan misil semakin sengit, mangsa awam meningkat 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *