Remaja dilapor hilang dalam perjalanan ke Cameron Highlands ditemukan maut

Remaja dilapor hilang dalam perjalanan ke Cameron Highlands ditemukan maut | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Malaysia Diplomasi 'tenang' PM Anwar lindungi kepentingan Malaysia – PKR Dunia Majlis Pakar Iran bakal umum pemimpin tertinggi Advertisement Malaysia Remaja dilapor hilang dalam perjalanan ke Cameron Highlands ditemukan maut Bernama 08/03/2026 | 21:24 MYT Misteri kehilangan remaja lelaki yang dalam perjalanan ke Cameron Highlands sejak awal pagi Jumaat lepas akhirnya terjawab apabila dia ditemukan meninggal dunia dalam semak di tepi jalan Kampung Bukit Jeruk, di Kampung Beting Lintang. – BERNAMA JERTIH: Misteri kehilangan remaja lelaki yang dalam perjalanan ke Cameron Highlands sejak awal pagi Jumaat lepas akhirnya terjawab apabila dia ditemukan meninggal dunia dalam semak di tepi jalan Kampung Bukit Jeruk, di Kampung Beting Lintang di sini. Ketua Polis Daerah Besut Supt Rozaime Ab Rahim ketika dihubungi Bernama mengesahkan penemuan mayat seorang lelaki bersama sebuah motosikal di lokasi terbabit oleh orang awam pada 6.40 petang tadi. Advertisement “Setakat ini polis percaya mayat yang ditemui itu adalah Ahmad Azreeq Zafreen Ahmad Azhar, 19, yang dilaporkan hilang sejak awal pagi Jumaat lepas oleh keluarganya. “Mangsa dipercayai telah meninggal dunia pada malam dia tidak dapat dihubungi pada awal pagi Jumaat selepas motosikal Yamaha R15 yang ditunggangnya dipercayai terbabas,” katanya di sini hari ini.Rozaime berkata mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Besut untuk pengecaman waris dan bedah siasat.Bernama hari ini melaporkan, kehilangan Ahmad Azreeq Zafreen berlaku ketika dia bersama keluarganya dari Kampung Batin, Seberang Takir, dalam perjalanan untuk bercuti ke Cameron Highlands pada Khamis lepas.  Dalam perjalanan itu, Ahmad Azreeq Zafreen menunggang motosikal jenis Yamaha R15, manakala ibu bapanya bersama ahli keluarga lain menaiki sebuah kereta.Kali terakhir mangsa dikesan berdasarkan rakaman video litar tertutup (CCTV) berada di sebuah stesen minyak di Kampung Beting Lintang di sini pada 1.38 pagi, Jumaat lepas.  — BERNAMA    Topic Berkaitan #remaja hilang #Cameron Highlands #stesen minyak #Kampung Bukit Jeruk Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 46 minutes ago Malaysia Diplomasi 'tenang' PM Anwar lindungi kepentingan Malaysia – PKR 1 hour ago Dunia Majlis Pakar Iran bakal umum pemimpin tertinggi 1 hour ago Malaysia Bas ekspres terbabas di Skudai, 10 penumpang cedera 1 hour ago Dunia Gempa 6.0 magnitud gegar pesisir pantai timur laut Jepun, tiada amaran tsunami dikeluarkan 1 hour ago Dunia Konflik Asia Barat: Serangan misil semakin sengit, mangsa awam meningkat 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *