Diplomasi 'tenang' PM Anwar lindungi kepentingan Malaysia – PKR

Diplomasi 'tenang' PM Anwar lindungi kepentingan Malaysia – PKR | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Sukan Seluruh England: Aaron Chia-Soh Wooi Yik terlepas kejuaraan dalam aksi mendebarkan Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Malaysia Diplomasi 'tenang' PM Anwar lindungi kepentingan Malaysia – PKR Advertisement Malaysia Diplomasi 'tenang' PM Anwar lindungi kepentingan Malaysia – PKR Astro AWANI 08/03/2026 | 23:45 MYT Dr Maszlee berkata pendekatan diplomasi yang bersifat berhati-hati oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim mencerminkan strategi cermat oleh kerajaan. – Gambar fail/Bernama KUALA LUMPUR: Biro Hal Ehwal Antarabangsa Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyatakan sokongan penuh terhadap pendekatan diplomasi tidak menonjol yang diambil Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menangani konflik melibatkan Iran dengan Amerika Syarikat (AS) dan Israel.Pengerusinya, Dr Maszlee Malik dalam satu kenyataan berkata, pendekatan diplomasi yang bersifat berhati-hati itu mencerminkan strategi cermat oleh kerajaan.Advertisement “Walaupun kami memahami gesaan supaya Malaysia mengambil pendirian yang lebih lantang, namun strategi Perdana Menteri melalui penglibatan secara tenang juga bersesuaian.”Perkara itu dizahirkan menerusi panggilan peribadi beliau kepada Menteri Luar Iran bagi menggesa supaya masih ada kesabaran, ia terbukti berkesan untuk meredakan ketegangan.“Pendekatan ini mengekalkan kredibiliti Malaysia sebagai sebuah negara yang menumpukan kepada dialog, kedudukan berkecuali strategik negara dengan semua kuasa besar, serta memelihara hubungan penting negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC),” jelasnya menerusi satu kenyataan pada Ahad.Tambahnya lagi, langkah itu menghormati proses berasaskan konsensus ASEAN serta usaha pengimbangan yang bersifat sensitif oleh pemain serantau.“Pengaruh sebenar tidak diukur melalui kekuatan suara tetapi melalui hasil yang dicapai.  “Diplomasi Malaysia yang sabar dan berprinsip mencerminkan kematangan kepimpinan negara dalam memperjuangkan keamanan serta melindungi kepentingan nasional,” katanya.Pada Jumaat, Anwar mengadakan perbualan telefon dengan Menteri Luar Iran, Seyed Abbas Araghchi bagi membincangkan perkembangan serantau di Asia Barat.Menurut Kementerian Luar Iran, semasa panggilan itu Anwar merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Pemimpin Agung negara itu Ayatollah Ali Khamenei serta rakyat Iran yang terkorban dalam AS dan Israel. Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Sukan Seluruh England: Aaron Chia-Soh Wooi Yik terlepas kejuaraan dalam aksi mendebarkan 31 minutes ago Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 2 hours ago Malaysia Diplomasi 'tenang' PM Anwar lindungi kepentingan Malaysia – PKR 2 hours ago Dunia Majlis Pakar Iran bakal umum pemimpin tertinggi 2 hours ago Malaysia Bas ekspres terbabas di Skudai, 10 penumpang cedera 2 hours ago Dunia Gempa 6.0 magnitud gegar pesisir pantai timur laut Jepun, tiada amaran tsunami dikeluarkan 2 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *