Peguam dakwa pertuduhan terhadap Muhyiddin samar

Peguam dakwa pertuduhan terhadap Muhyiddin samar | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Kurikulum persekolahan 2027 galak pelajar arus perdana kuasai bahasa isyarat Malaysia Penjawat awam Perlis terima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM1,500 – MB Dunia IRGC zahir kesetiaan penuh Mojtaba Khamenei dilantik pemimpin agung baharu Iran Advertisement Malaysia Peguam dakwa pertuduhan terhadap Muhyiddin samar Ernalisa Othman 09/03/2026 | 11:45 MYT Menurut Hisyam, pihak pembelaan pada ketika ini tidak mengetahui secara jelas asas atau aduan sebenar yang dibangkitkan oleh pihak pendakwaan terhadap Muhyiddin. – Foto Astro AWANI KUALA LUMPUR: Peguam utama kepada bekas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa, semua pertuduhan jenayah yang dikenakan terhadap anak guamnya tidak jelas dan dibuat dengan niat tidak baik.Datuk Hisyam Teh Pok Teik berkata demikian ketika prosiding perbicaraan kes berkenaan yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.Advertisement Hujah beliau, pertuduhan yang dikenakan terhadap Muhyiddin tidak menyatakan secara terperinci bagaimana kesalahan yang didakwa itu dilakukan oleh tertuduh.Menurutnya, ketiadaan maklumat khusus dalam pertuduhan tersebut menyukarkan pihak pembelaan untuk menyediakan hujah dan strategi mempertahankan Muhyiddin di mahkamah.Hisyam berkata, pertuduhan berkenaan tidak menyatakan dengan jelas bagaimana tertuduh didakwa menggunakan kedudukannya seperti yang dinyatakan dalam pertuduhan.“Saya dengan penuh hormat berhujah bahawa pertuduhan ini tidak sah di sisi undang-undang kerana tiada butiran yang menerangkan bagaimana tertuduh didakwa menggunakan kedudukannya seperti yang dinyatakan dalam pertuduhan.“Undang-undang menetapkan bahawa cara sesuatu kesalahan itu dilakukan mesti dinyatakan dengan jelas oleh pihak pendakwaan dalam pertuduhan,” katanya.Beliau menambah, butiran berkaitan tindakan atau langkah yang diambil oleh tertuduh berhubung sesuatu keputusan juga sepatutnya dinyatakan secara khusus dalam dokumen pertuduhan.Menurut Hisyam, pihak pembelaan pada ketika ini tidak mengetahui secara jelas asas atau aduan sebenar yang dibangkitkan oleh pihak pendakwaan terhadap tertuduh.“Kami seolah-olah dibiarkan tanpa mengetahui secara terperinci apakah sebenarnya dakwaan pihak pendakwaan terhadap tertuduh, dan keadaan ini menjejaskan kami dalam menyediakan pembelaan,” katanya.Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin memaklumkan, isu yang dibangkitkan pihak pembelaan itu sebelum ini sudah dikemukakan dalam permohonan untuk membatalkan pertuduhan.Beliau berkata, pihak pembelaan masih boleh mengemukakan hujahan tersebut pada peringkat akhir kes pendakwaan sekiranya mereka mahu berbuat demikian.Hakim Noor Ruwena Md Nurdin kemudian memutuskan supaya prosiding perbicaraan diteruskan seperti yang telah dijadualkan. Topic Berkaitan #Muhyidddin Yassin #Hisyam Teh Pok Teik #Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur #salah guna kedudukan Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Kurikulum persekolahan 2027 galak pelajar arus perdana kuasai bahasa isyarat few seconds ago Malaysia Penjawat awam Perlis terima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM1,500 – MB 10 minutes ago Dunia IRGC zahir kesetiaan penuh Mojtaba Khamenei dilantik pemimpin agung baharu Iran 11 minutes ago Malaysia 'Tak sangka kata-kata anak petanda dia pergi selamanya' 25 minutes ago Dunia HRW dakwa Israel guna fosforus putih di kawasan penduduk Lubnan 26 minutes ago Malaysia Video tular harimau belang: Perhilitan lakukan siasatan di lokasi – Exco 40 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *