Kajian kebolehlaksanaan pindaan Akta Ibu Kota dijangka siap hujung bulan ini – Hannah | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Kurikulum persekolahan 2027 galak pelajar arus perdana kuasai bahasa isyarat Malaysia Penjawat awam Perlis terima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM1,500 – MB Dunia IRGC zahir kesetiaan penuh Mojtaba Khamenei dilantik pemimpin agung baharu Iran Advertisement Malaysia Kajian kebolehlaksanaan pindaan Akta Ibu Kota dijangka siap hujung bulan ini – Hannah Bernama 09/03/2026 | 13:45 MYT Hannah berkata kajian yang dilaksanakan oleh UIAM itu sedang dilaksanakan ketika ini dan laporan interim telah dibentangkan kepada kerajaan. – Gambar fail KUALA LUMPUR: Kajian kebolehlaksanaan pindaan Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 bagi mengadakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di ibu kota termasuk pemilihan Datuk Bandar Kuala Lumpur dijangka selesai pada hujung bulan ini.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh berkata kajian yang dilaksanakan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu sedang dilaksanakan ketika ini dan laporan interim telah dibentangkan kepada kerajaan.Advertisement “Lepas bulan Mac mereka (UIAM) siapkan, jika tidak mereka akan berjumpa dengan kita. Mereka dah berjumpa sekali dan dah ada laporan interim, tetapi sesi temu bual (dengan pihak berkepentingan) masih berjalan.“Itu (pembentangan pada Jemaah Menteri) belum lagi, saya kena tunggu kajian dulu,” katanya pada sidang media mengenai pengukuhan kesedaran keselamatan kebakaran di bangunan strata berketumpatan tinggi Kuala Lumpur, di sini, hari ini.Sebelum ini, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil meminta semua pihak agar tidak memandang rendah keupayaan universiti awam seperti UIAM untuk melaksanakan kajian berhubung kebolehlaksanaan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pelantikan Datuk Bandar Kuala Lumpur.Pada 3 Feb lepas, Hannah berkata kajian kebolehlaksanaan bagi mengadakan pilihan raya PBT di ibu kota termasuk pemilihan Datuk Bandar Kuala Lumpur telah dijalankan sejak pentadbiran Menteri Wilayah Persekutuan sebelum ini.Beliau berkata kajian berkenaan bermula sejak Disember lepas susulan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian dikemukakan oleh Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.– BERNAMA Topic Berkaitan #pihan raya datuk bandar KL #Hannah Yeoh #ibu kota #UIAM Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Kurikulum persekolahan 2027 galak pelajar arus perdana kuasai bahasa isyarat few seconds ago Malaysia Penjawat awam Perlis terima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM1,500 – MB 10 minutes ago Dunia IRGC zahir kesetiaan penuh Mojtaba Khamenei dilantik pemimpin agung baharu Iran 11 minutes ago Malaysia 'Tak sangka kata-kata anak petanda dia pergi selamanya' 25 minutes ago Dunia HRW dakwa Israel guna fosforus putih di kawasan penduduk Lubnan 26 minutes ago Malaysia Video tular harimau belang: Perhilitan lakukan siasatan di lokasi – Exco 41 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Kajian kebolehlaksanaan pindaan Akta Ibu Kota dijangka siap hujung bulan ini – Hannah
