15 pemimpin Armada Bersatu Sabah keluar parti | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Politik 15 pemimpin Armada Bersatu Sabah keluar parti Malaysia Anwar sampaikan simpati dan sokongan Malaysia kepada Kuwait dan Oman Dunia 83 kanak-kanak terkorban dalam serangan terbaru di Lubnan – UNICEF Advertisement Politik 15 pemimpin Armada Bersatu Sabah keluar parti Bernama 10/03/2026 | 00:21 MYT Mohd Hisyam yang juga Ketua Armada Bersatu Beaufort berkata keputusan dibuat kerana kecewa terhadap kemelut dalaman parti yang semakin meruncing serta budaya serangan terbuka oleh kepimpinan yang dipertonton kepada umum. KOTA KINABALU: Sebanyak 15 pemimpin Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah hari ini mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta-merta.Ketua Armada Bersatu Sabah Mohd Hisyam Hazaril Mohd Azman berkata selain beliau, antara yang mengambil tindakan keluar parti dan melepaskan semua jawatan disandang ialah barisan pemimpin dari Tuaran, Sepanggar, Pensiangan, Keningau, Papar, Tawau, Putatan serta Beluran.Advertisement Mohd Hisyam Hazaril yang juga Ketua Armada Bersatu Beaufort berkata keputusan dibuat kerana kecewa terhadap kemelut dalaman parti yang semakin meruncing serta budaya serangan terbuka oleh kepimpinan yang dipertonton kepada umum.”Kami amat kecewa melihat konflik dalaman parti semakin berlarutan sehingga mencalarkan imej parti dan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap perjuangan yang pernah dibawa,” katanya dalam kenyataan malam ini. Beliau berkata pendekatan memecat dan tindakan disiplin yang tidak konsisten serta bersifat selektif dalam mengurus perbezaan pandangan turut menjadi punca kumpulan itu menolak budaya politik berkenaan.Langkah meninggalkan parti, katanya adalah mesej jelas bahawa pimpinan anak muda menolak politik perpecahan dan mereka akan terus memperjuangkan agenda golongan itu demi masa depan negeri dan negara.– BERNAMA Topic Berkaitan #Bersatu #Armada Sabah #keluar #parti #Mohd Hisyam Hazaril Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Politik 15 pemimpin Armada Bersatu Sabah keluar parti 26 minutes ago Malaysia Anwar sampaikan simpati dan sokongan Malaysia kepada Kuwait dan Oman 32 minutes ago Dunia 83 kanak-kanak terkorban dalam serangan terbaru di Lubnan – UNICEF 45 minutes ago Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 51 minutes ago Malaysia Insiden kebakaran ragut nyawa lima sekeluarga di Raub berpunca daripada litar pintas – Exco 1 hour ago Malaysia Rayuan aktivis cabar kebenaran rancang pembinaan PDF ditolak 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
15 pemimpin Armada Bersatu Sabah keluar parti
