Insiden kebakaran ragut nyawa lima sekeluarga di Raub berpunca daripada litar pintas – Exco

Insiden kebakaran ragut nyawa lima sekeluarga di Raub berpunca daripada litar pintas – Exco | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Politik 15 pemimpin Armada Bersatu Sabah keluar parti Malaysia Anwar sampaikan simpati dan sokongan Malaysia kepada Kuwait dan Oman Dunia 83 kanak-kanak terkorban dalam serangan terbaru di Lubnan – UNICEF Advertisement Malaysia Insiden kebakaran ragut nyawa lima sekeluarga di Raub berpunca daripada litar pintas – Exco Bernama 09/03/2026 | 23:30 MYT Mohammad Fakhruddin (kiri) melepas konvoi penyelamat sejurus melancarkan Siap Siaga Raya Tahun 2026 JBPM Pahang hari ini. – Gambar Bernama KUANTAN: Insiden kebakaran yang meragut nyawa lima sekeluarga di sebuah rumah di Kampung Pamah Kulat, Raub pada 26 Feb lepas berpunca daripada litar pintas.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang mendapati punca kebakaran itu juga disebabkan sistem pendawaian yang tidak teratur sehingga menyebabkan berlakunya litar pintas. Advertisement  “Berdasarkan analisis yang dilaksanakan oleh JBPM Pahang terhadap kes-kes kebakaran struktur tahun ini, sebanyak 15 daripada 35 kes keseluruhan berpunca daripada faktor elektrikal iaitu sekitar 43 peratus diikuti tujuh kes berpunca daripada peralatan gas iaitu 20 peratus, serta enam kes berpunca daripada api berbara iaitu sekitar 17 peratus manakala selebihnya masih dalam siasatan,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Kebakaran bersempena dengan Siap Siaga Raya Tahun 2026 di Padang MBK 1 di sini hari ini.Mohammad Fakhruddin juga berkata atas titah Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pihaknya akan menyumbangkan sebuah Rumah Rakyat Pahang kepada waris mangsa yang terselamat, yang dijangka siap pada tahun ini. Beliau berkata pihaknya bercadang memastikan setiap rumah mampu milik di Pahang dilengkapi alat pemadam api bagi meningkatkan tahap keselamatan penghuni memandangkan penggunaannya amat penting terutama apabila melibatkan elektrik atau gas yang tidak boleh dipadam dengan air kerana boleh memburukkan keadaan.Pada majlis berkenaan, Ahli Dewan Undangan Negeri Bebar itu turut menyaksikan penyerahan dua jentera Fire Rescue Tender oleh Syarikat Alliance Steel kepada JBPM Pahang. Beliau berkata inisiatif tanggungjawab sosial korporat syarikat berkenaan juga jelas menunjukkan komitmen pihak industri dalam menyokong usaha pihak berkuasa dalam memperkukuh aspek keselamatan awam.Mohammad Fakhruddin berkata sebagai langkah tambahan untuk meningkatkan kecekapan respons kecemasan sepanjang musim perayaan Aidilfitri tahun ini, jentera dan pasukan JBPM Pahang akan ditempatkan di tiga lokasi strategik sepanjang lebuh raya utama iaitu kawasan rehat dan rawat Temerloh, Gambang serta Genting Sempah dari 19 hingga 24 Mac ini. “Langkah ini diambil bagi memastikan masa tindak balas pasukan penyelamat dapat dipertingkat sekiranya berlaku sebarang kecemasan sepanjang tempoh perjalanan pulang masyarakat ke kampung halaman,” katanya. — BERNAMA   Topic Berkaitan #kebakaran #litar pintas #JBPM #kecemasan Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Politik 15 pemimpin Armada Bersatu Sabah keluar parti 26 minutes ago Malaysia Anwar sampaikan simpati dan sokongan Malaysia kepada Kuwait dan Oman 32 minutes ago Dunia 83 kanak-kanak terkorban dalam serangan terbaru di Lubnan – UNICEF 45 minutes ago Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 51 minutes ago Malaysia Insiden kebakaran ragut nyawa lima sekeluarga di Raub berpunca daripada litar pintas – Exco 1 hour ago Malaysia Rayuan aktivis cabar kebenaran rancang pembinaan PDF ditolak 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *