Wujud ejen provokasi cetus ketegangan kaum – Ramanan

Wujud ejen provokasi cetus ketegangan kaum – Ramanan | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Politik 15 pemimpin Armada Bersatu Sabah keluar parti Malaysia Anwar sampaikan simpati dan sokongan Malaysia kepada Kuwait dan Oman Dunia 83 kanak-kanak terkorban dalam serangan terbaru di Lubnan – UNICEF Advertisement Malaysia Wujud ejen provokasi cetus ketegangan kaum – Ramanan Bernama 09/03/2026 | 22:45 MYT Ramanan berkata terdapat individu tertentu dipercayai diupah sebagai ejen provokasi bagi mencetuskan konflik perkauman dan pihak berkuasa perlu mengenal pasti dalang di sebalik pembiayaan itu. – Gambar Bernama PUTRAJAYA: Naib Presiden PKR Datuk Seri R. Ramanan hari ini mendedahkan kewujudan individu yang didakwa bertindak sebagai ejen provokasi bagi mencetuskan ketegangan kaum di Malaysia.Menteri Sumber Manusia itu berkata justeru, perkara berkenaan akan dibawa ke peringkat Kabinet bagi memastikan tindakan sewajarnya diambil.Advertisement Beliau berkata tindakan tidak bertanggungjawab itu tidak boleh dibiarkan kerana ia seolah-olah cuba memperalatkan nasib dan masa depan lebih 33 juta rakyat Malaysia demi agenda tertentu.”Tindakan provokatif khususnya di media sosial dan tempat awam sejak kebelakangan ini amat membimbangkan… isu yang pada asalnya kecil disensasikan dan dijadikan sentimen perkauman sehingga mampu mencetuskan ketegangan,” katanya pada sidang media khas di sini hari ini.Turut hadir Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR A.Kumaresan dan Dr Gunaraj George, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Kelantan Datuk Seri Mohamad Suparadi Md Noor serta Pengerusi MPN Terengganu Dr Zainudin Awang @Omar.Ramanan juga berkata terdapat individu tertentu dipercayai diupah sebagai ejen provokasi bagi mencetuskan konflik perkauman dan pihak berkuasa perlu mengenal pasti dalang di sebalik pembiayaan itu.”Negara kita ada undang-undang… jika ada isu, ikut saluran yang betul, buat laporan polis dan biar mahkamah menentukan,” katanya.Beliau berkata prestasi ekonomi yang positif di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat cuba dimanipulasi pihak tertentu dengan melakukan provokasi untuk menimbulkan ketegangan kaum bagi mengganggu-gugat perpaduan negara.”Apabila ekonomi negara baik, kadar pengangguran rendah sekitar 2.9 peratus dan ringgit semakin mengukuh, ada pihak yang sudah tidak mempunyai modal politik lalu memainkan isu perkauman untuk mencetuskan huru-hara,” katanya.Ramanan berkata budaya rakyat Malaysia selama ini adalah mengutamakan dialog dan perbincangan dalam menyelesaikan sebarang perbezaan pandangan, bukannya melalui keganasan atau mengambil undang-undang di tangan sendiri.”Jangan fikir beberapa individu boleh menjadikan 33 juta rakyat Malaysia sebagai tebusan kepada agenda peribadi mereka… kerajaan tidak akan berdiam diri,” katanya sambil memberi amaran keras kepada ejen provokasi berkenaan agar segera menghentikan tindakan mereka.– BERNAMA  Topic Berkaitan #provokasi #ketegangan kaum #modal politik #amaran keras Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Politik 15 pemimpin Armada Bersatu Sabah keluar parti 27 minutes ago Malaysia Anwar sampaikan simpati dan sokongan Malaysia kepada Kuwait dan Oman 34 minutes ago Dunia 83 kanak-kanak terkorban dalam serangan terbaru di Lubnan – UNICEF 47 minutes ago Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 53 minutes ago Malaysia Insiden kebakaran ragut nyawa lima sekeluarga di Raub berpunca daripada litar pintas – Exco 1 hour ago Malaysia Rayuan aktivis cabar kebenaran rancang pembinaan PDF ditolak 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *